Abam baru terbaca entah di mana tadi, yang Xiaomi nak memperkenalkan pengecasan pantas berkelajuan 200W tahun ini.
Tapi belum sempat nak menulis, terbaca pula berita ini di Beebom, Gizmochina, GSMArena, etc. Lalu selepas diamati, pada abam teknologi ini lebih menarik lagi.
Kita tahu Apple ialah syarikat yang mencipta ‘push‘ untuk pengguna beralih ke arah teknologi tanpa wayar/wayarles. Tidak menghairankan jika Xiaomi mengikut jejak langkah ini, tetapi menggandakan lagi hasilnya.
Ini terbukti dengan Mi Air Charge Technology yang mampu mengecas beberapa peranti serentak tanpa dihubungkan oleh satu wayar sekalipun (bahkan charging stand juga tidak perlu).
Habis tu, dari mana datangnya elektrik untuk tujuan pengecasan, kalau tiada wayar dan charging stand?
Xiaomi mengatakan bahawa Teknologi Mi Air Charge yang dipatenkan menggunakan peranti menara atau berbentuk kotak dan ia mengguna pakai teknologi ‘pembentuk beam’ (beamforming) untuk menghantar gelombang milimeter terus ke peranti.
Gelombang ini diubah menjadi kuasa elektrik yang seterusnya mengecas peranti. Canggih bukan?
Cuma buat masa ini, malangnya kuasa maksimum pengecasan hanyalah 5W sahaja.
Teknologi tersebut dikatakan disasar kepada peranti kecil seperti smartwatch, fitness tracker, pembesar suara, lampu meja, dan sebagainya lagi. Mereka bermatlamat hendak menghapuskan keperluan untuk menggunakan wayar di masa akan datang.
#OMGHNews #OMGHInfo #WirelessSociety