Eksperimentasi Boom Audio App bersama Apple Music, Spotify dan TIDAL
- Kingslayer, BRING ME THE HORIZON feat. BABYMETAL
- Through The Fire and Flames, untuk vokal, gitar, bass dan drum
- Playing With Fire, BLACKPINK untuk bass dan lain-lain
Nota: Post ni panjang, jadi sila skip ke bahagian keputusan dan keputusan eksperimentasi boleh berubah jika lagu, perkakasan dan perisian EQ serta telinga yang berbeza.
Apple Music
Apple Music ni agak sedih sikit sebab EQ dia hanyalah bergantung pada EQ dekat telefon dan pilihan kami Late Night. (Boom tak boleh guna sekali sebagai sokongan EQ sebab isu DRM. Terima kasih Apple)
Ternyata boleh la beda layan dan keputusan dia;
– Kingslayer dan Through The Fire and Flames
Boleh tahan dia punya ‘rhythm’ dan bahagian ‘shredding’, bass, drum dan vokal, tiada yang wow sangat.
– Playing With Fire
Boleh laa, beat bass dia lembut, vokal ok takda bingit.
Spotify Premium
Untuk Spotify, kami guna EQ yang diubah manual, tak pakai ‘preset‘.
Ternyata sedap lagi kalau bandingkan dengan Apple Music dan keputusan dia;
– Kingslayer, Through The Fire and Flames
Sedap dia punya ‘rhythm’ dan bahagian ‘shredding’, bass, drum dan vokal.
– Playing With Fire
Beat bass dia kuat, tumbukan padu dan vokal jelas.
TIDAL HiFi
Untuk TIDAL, dia ada HiFi, Master, dan 360 Reality Audio tapi 360 Reality Audio hanya sesuai dengan ‘earphones‘ Sony dan hanya 2 lagu sahaja sebab Playing With Fire dalam TIDAL ada versi live ja. nahhh, terima kasih ja la.
Ada yang ok, ada yang tak ok dan keputusan dia;
– Kingslayer (360 Reality Audio)
Agak bingit pada vokal yang menganggu gitar dan bass tapi drum dia ok la sama naik dengan vokal.
– Through The Fire and Flames (HiFi)
Boleh tahan dia punya bass, drum dan vokal serta ‘rhythm’ dan bahagian ‘shredding’ agak jelas daripada Spotify. Cuma bunyi kelantangan kena buka tinggi lagi baru terasa nikmat.
Boom
Untuk Boom, dia ada EQ, 3D Surround, Full Bass dan Intensity yang membuatkan dia boleh kalahkan 3 aplikasi tadi. Cuma bunyi kelantangan kena turun sikit sebab pekak oi hahaha,
Ternyata sedap lagi kalau bandingkan dengan Apple Music, Spotify dan TIDAL dan keputusan dia;
– Kingslayer
Vokal bahagian Oli jerit ok takda masalah cuma bahagian Su-chan ja ada bingit pada 2:09-2:19. Drum punya pukulan agak puas dan bass tenggelam sikit sebab drum serta gitar takda masalah.
– Through The Fire and Flames
Boleh tahan dia punya bass, drum dan vokal yang jelas serta bahagian ‘shredding’ terasa nikmat dia.
– Playing With Fire
Beat bass dia kuat, tumbukan padu dan vokal jelas cuma bahagian Rose pada ayat “buljangnan” rasa macam dia semboq tepi telinga. hahaha
Sapa yang menang? Yang mana berbaloi?
1. Boom
2. Spotify
3. TIDAL HiFi
4. Apple Music
Jujur kami kata Boom la yang menang dengan segala mak nenek fungsi dia sajikan. hahaha
Pro Tips : Kalau nak jimat, tidak perlu beli TIDAL HiFi pun sebab Boom memang dah ada fungsi sedemikian. Jadi langgan Premium pun ok jadi la. hahahaha
Untuk langgan Boom (tengah ada diskaun), boleh pilih sama ada
– 1 bulan = RM3.99 Android|RM7.99 iOS
– 6 bulan = RM11.99 Android|RM20.90 iOS
– 1 tahun = RM20.99 Android|RM32.90 iOS
– Seumur hidup = RM82.99 Android|RM167.90 iOS
Oh ya, jika ampa beli dekat Android, konon boleh guna dekat iOS memang silap banyak la. Kami terpaksa refund sebab ingatkan boleh. hahahaha
Jangan tanya kenapa Android murah lagi daripada iOS. hahaha
* PC pun ada jugak. Depa tengah bagi diskaun tu.
Tahniah kerana berjaya baca habis ulasan ‘noob’ dari kami. Telinga dah berair selepas lakukan eksperimentasi ni. ~(>_<~)
AirPods Pro memang noob tanpa EQ. Ia patut berterima kasih pada EQ dalam aplikasi membuatkan ia enak. Nak harapkan Adaptive EQ? Nahhhhhh