Bagaimana Cara Pixel 4 Mengambil Gambar Dengan Mode Astrophotography?

Sama ada anda suka atau tidak dengan Pixel 4, satu perkara yang bukan sejenis kegagalan padanya ialah kamera, dan tahun ini ia bertambah baik dengan adanya mode Astrophotography.

Benar, mode seperti ini sudah lama terdapat pada peranti Huawei, tetapi seperti biasa pendekatan Google terhadap penggambaran adalah sedikit berbeza.

Aplikasi kamera Google (Gcam) sebelum ini mempunyai ciri HDR+ dan Night Sight. Saya pasti ramai yang baru kenal dengan omghackers.com, jadi kalau ada yang masih belum baca bagaimana cara Night Sight berfungsi, bolehlah baca di pautan ini:

Bagaimana Night Sight Pada Pixel/Gcam Berfungsi?

Iklan Google

Night Sight adalah mode penggambaran malam yang berasaskan HDR+. Manakala, Astrophotography pula ialah mode ‘penggambaran bintang/angkasa’ yang juga berasaskan dari ‘tapak’ HDR+, tetapi diubahsuai sedikit agar kamera dapat mengumpul lebih banyak maklumat dan dengan lebih tepat.

Terdapat dua perkara penting yang menjadikan mode tersebut memberi hasil sepertimana yang telah dapat anda lihat pada contoh-contoh oleh YouTuber mahupun blogger iaitu gambar dengan exposure 15 saat serta apa yang Google gelar sebagai Semantic Segmentation.

Iklan Google

Mode Astrophotography akan aktif secara automatik apabila viewfinder dapat mengesan keadaan sekeliling berada dalam suasana yang sangat gelap, serta kamera tidak bergerak-gerak.

Apabila butang shutter ditekan, kamera akan mengambil sekumpulan gambar dengan exposure selama 15 saat setiap satunya, lalu ditindih dan digabung ke dalam satu foto akhir.

Menggunakan giroskop dan data komputasi, setiap satunya disusun rapi serta shadow dinaikkan.

Dengan bantuan Semantic Segmentation pula, kamera akan dapat mengesan dan mengenali objek-objek berbeza dalam setiap imej dan akan memproses setiap satunya dengan cara berbeza. Ini akan membenarkan aplikasi tersebut memproses subjek seperti bintang dengan merapikan perincian padanya, dan menambah kecerahan dengan lebih tepat.

Disebabkan begitu banyak sekali ‘kerja-kerja’ di balik tabir yang perlu dilakukan oleh kamera, maka mode Astrophotography boleh mengambil masa sehingga 4 minit.

Anda boleh lihat contoh gambar yang diambil dengan mode Astrophotography melalui gambar-gambar di bawah.

Iklan Google

Kredit gambar: XDA.

 

 

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img