Dalam usaha menambah baik kecerdasan buatan mereka, Apple telah pun mengupah bekas Ketua Kecerdasan Buatan Dan Carian dari Google, iaitu John Giannandrea.
Beliau telah berkhidmat dengan Google sejak dari tahun 2010. Kelmarin, Giannandrea mengumumkan persaraannya dari jawatan tersebut dan hari ini, kita tahu apakah sebabnya.
Tim Cook membuat pengumuman melalui emel kepada kesemua pekerjanya dengan memberitahu bahawa John Giannandrea akan menjadi ketua ‘pembelajaran mesin dan strategi kecerdasan buatan’ secara rasmi.
Giannandrea akan digantikan oleh Jeff Dean pada bahagian kecerdasan buatan, manakala Ben Gomes pula menggantikan beliau pada bahagian enjin carian.
Apple telah mengupah beliau kerana mereka masih lagi ketinggalan pada kecerdasan buatan dan teknologi pembelajaran mesin. Ini adalah satu kerugian besar buat Google kerana selama ini ciri kecerdasan buatan mereka, Google Assistant telah menjadi satu penanda aras buat pesaing yang lain.
Manis apple kerana masamnya mempelam. Manisnya ilmu bila jauhari dah kenal manikam. Salam jangan tak salam. Inilah masanya menongkat saham …