Terdapat banyak alternatif kepada Netflix. Kebanyakannya boleh dikatakan ‘mengarut’, atau tidak menepati standard laman penstriman yang unggul. Sama ada katalog tidak memuaskan hati, atau kandungan yang terlalu khusus kepada satu niche sahaja.
Antara contoh ‘mengarut’ dan khusus kepada satu niche ialah Napflix, Brown Sugar, dan The All Warrior Network. Anda boleh Google dan lihat sendiri laman-laman yang disebutkan. Mana tahu, anda berminat dengannya. Antara pelbagai alternatif yang ada, Tubi TV tampak menarik dan menyerlah.
Tubi TV tidak seperti laman-laman ‘mengarut’ tersebut. Laman dan aplikasi penstriman percuma ini pendek kata cuba meletakkan dan mengehos kesemua video yang mampu mereka simpan. Dengan kerjasama dari Lionsgate and MGM, pelbagai kategori seperti Drama, Thriller, Comedy, dan bermacam lagi genre yang dapat dipilih untuk dinikmati pada waktu senggang. Anda cuba tonton sendiri demo Tubi TV melalui video di bawah.
Diakui, katalog Tubi TV memanglah tidak sebaik Netflix. Tetapi untuk sebuah servis percuma, ianya sudah lebih dari mencukupi. Filem-filem dari tahun 50an, hinggalah kepada (hampir) yang terkini (2017), dapat ditonton dengan percuma, dengan sedikit iklan komersial. Setakat ini saya belum terlihat lagi iklan, tapi itu mungkin kerana saya menggunakan Nano Adblocker
Contoh di bawah, saya sedang menikmati filem Yasmine, dengan paparan definisi tinggi.
Ya, Tubi TV juga bukan untuk semua orang. Maklum saja, katalognya tidak dipenuhi dengan filem-filem atau drama terbaru. Tetapi untuk sesetengah orang, ia adalah servis yang dapat menghiburkan diri ketika gaji masih lambat lagi hendak menjengah akaun simpanan.
Sedikit tips, jika anda tidak mahu pening kepala hendak memilih video apa yang hendak ditonton, anda boleh lihat senarai yang dijana di sini: Tubi TV – full list of movies and tv shows online – JustWatch
Kemudian, sebaiknya tukar alamat IP anda kepada alamat IP US menggunakan VPN/SSH Tunnel/proksi, dan pilihlah mana-mana video yang anda minati. Dengan alamat IP US, seperti biasa katalog Tubi TV akan menjadi lebih ‘luas’ lagi.
Anda boleh daftarkan akaun Tubi TV di sini: Tubi TV
Bagi yang menggunakan Android, anda boleh muat turun aplikasi Tubi TV di Google Play Store. Setelah itu, log masuk menggunakan akaun yang telah anda daftarkan, dan mula menikmati semua yang anda boleh tonton!
Sila kongsikan artikel ini kepada semua rakan-rakan yang anda rasa mungkin memerlukan servis penstriman seperti ini di hujung minggu ketika kesunyian. Tag mereka di ruang komen! Hastalavista!