5G Di Malaysia Akan Diteruskan Menerusi DNB

Ok gais, abam baru terbaca berita ini, yang diterbitkan oleh The Malaysian Reserve.

Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan pelaksanaan rangkaian borong tunggal (SWN) untuk pelancaran 5G di negara ini, dan ia akan berjalan seperti yang dirancang, demikian menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa.

Iklan Google

Secara jujurnya, meskipun hasrat ini tidak disukai oleh telco utama, tetapi sedikit sebanyak perancangan untuk pengembangan rangkaian tidak perlu lagi difikirkan oleh pihak mereka.

Ini juga bererti, di mana saja kita berada, semua akan menggunakan rangkaian 5G yang sama. Semestinya, terdapat kelemahan pada model SWN ini seperti yang telah dialami di negara-negara lain, namun daripada kita terus menerus menunggu, dan menantikan jawapan tentang ‘kebenaran beroperasi’ 5G untuk telco, adalah lebih baik gunakan masa ini supaya rangkaian 5G dikembangkan dengan lebih pesat.

Iklan Google

Pada masa ini, hanya Telekom Malaysia Bhd (Unifi Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) telah mendaftar untuk rangkaian 5G DNB dan perjanjian perkhidmatan pajakan gentian untuk mempercepatkan penggunaannya di seluruh negara.

Kelajuan 5G yang telah saya uji di Putrajaya.

Bagaimanapun, Annuar berkata memandangkan beberapa syarikat telekomunikasi (telco) lain masih belum memeterai perjanjian dengan DNB sebagai penyedia perkhidmatan, ini mungkin melambatkan proses pelancaran.

Pada abam, asalkan harga langganannya adalah munasabah, dan pelannya juga tidak lagi ‘memperbodohkan’ pengguna dengan terma mengelirukan (contohnya ‘unlimited data’), tiada masalah siapa pun yang mengendalikannya.

Difahamkan bahawa DNB mengenakan cas kurang daripada 20 sen untuk setiap 1GB penggunaan data 5G. Berapa pula cas yang telco akan kenakan pada pelanggan, itu kita terpaksa tunggu bersama.

Gambar oleh: Digital News Asia

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img