Dilaporkan terdapat banyak laman web Malaysia yang tumpas di tangan penggodam Indonesia dan laman-laman tersebut dinaikkan muka baru (defaced).
Sebagai membalas serangan, menurut sumber yang sahih, anggota penggodam tempatan RileksCrew (RC) beserta DragonForce (DF) menentang serangan ini dengan melancarkan ‘Ops Ganyang’.
‘OpsGanyang’ ini dikatakan bertujuan untuk ‘menjawab’ serangan dihantar oleh penggodam Indonesia kerana mereka tidak ingin berdiam diri dan hanya melihat sahaja apa yang dilakukan oleh para penggodam Indonesia tersebut.
Sebagai permulaan, RileksCrew mengepos pautan ke fail yang mengandungi senarai ID VPN korporat Indonesia.
Fail tersebut boleh diakses dan dimuat turun di:
Tidak mengejutkan ini berlaku kerana kita juga mempunyai ramai anak muda yang berbakat dalam dunia IT.
Mereka ini mungkin tidak pernah pecah amanah, tetapi yang pasti mereka selalu pecah masuk.
“You break my record first.”