Apabila kerap bertukar-tukar service provider VPN disebabkan beberapa faktor yang kritikal, saya tergerak hati untuk berkongsi antara ciri-ciri paling penting yang tidak dapat tidak harus ada pada sesebuah perkhidmatan VPN yang akan dilanggan.
Berikut adalah senarainya ciri-ciri tersebut.
1. ‘Work out of the box’.
Bererti dengan satu klik pada satu butang, ia akan terus dapat disambungkan pada pelayan, protokol, dan cipher pilihan.
Jika satu klik, ia gagal, bagus jika ia ada alternatif atau kaedah lain untuk menjalankan enkripsi. Namun jika semua kaedah tidak berjaya, sila tinggalkan servis ini.
Mereka bukan pakar, sebaliknya hanya sekadar mengikut servis sedia ada.
2. Tidak menyimpan log.
Ini penting, supaya objektif utama anda untuk kekal ‘anonymous’ tercapai. Jika ada log yang disimpan, anda masih lagi boleh dijejak.
Jadikan ciri ini antara ciri kritikal dalam menilai perkhidmatan mereka!
3. Live chat.
Ya, live chat ini penting. Terkadang kita tiada masa untuk menunggu jawab balas dari e-mel yang dihantar sewaktu membuka tiket.
Jika live chat ada – tandakan (centang) kotak OK!
4. Menjawab DMCA tanpa menuding ke arah seseorang pengguna.
Perkara ini pernah saya hadapi sewaktu menggunakan VyprVPN. Saya akui, saya amat sukakan Chameleon mode pada VyprVPN itu, namun apabila mendapat notis DMCA, mereka dengan cepat menghantar e-mel amaran, dan selepas beberapa kali e-mel diberikan, akaun saya ditutup serta-merta.
Ini menunjukkan bahawa mereka menyimpan log yang dengan jelas boleh mengembalikan sesuatu ‘error’ kepada seseorang pengguna. Ia juga menunjukkan tiada privasi mutlak meskipun anda dikatakan sedang menggunakan servis enkripsi.
5. Boleh muat turun TORRENT.
Saya memang ‘kaki’ torrent. Jadi setiap servis yang tidak boleh memberikan kebebasan kepada penggunanya untuk muat turun torrent adalah NOOB. End of argument.
6. Boleh strim Netflix.
Meskipun ciri ini tidaklah terlalu kritikal, ianya adalah bonus yang amat baik. Pada saya servis yang masih belum mampu menangani isu Netflix juga adalah NOOB, namun masih boleh diberikan ruang kedua jika sudah tiada yang paling murah ketika poket sudah mula dipenuhi habuk. Hehe.
7. Klien VPN yang menawarkan ciri ekstra.
Kalau VPN tersebut masih lagi menggunakan klien sumber terbuka OpenVPN, pada saya mereka ini masih belum cukup serius, masih mentah, dan masih lagi hanya mampu menjana config ‘biasa’.
Sebaik-baiknya, mereka mesti mempunyai klien yang dikod sendiri – identiti sendiri – yang mempunyai ciri-ciri:
1. Pencegahan ketirisan IPv6.
2. Pencegahan ketirisan DNS.
3. Perlindungan dari malware, trackers, iklan-iklan.
4. Boleh menukar port, cipher, protokol.
5. Boleh menambah ciri lain sperti proxy, IP spesifik (contohnya untuk Netflix), atau ‘custom header’.
Kalau ada ‘kill switch’ juga adalah satu bonus yang baik. Siapa tidak dapat menjangka sambungan internet kita boleh terputus bila-bila masa, dan kill switch adalah satu bentuk perlindungan ekstra.
8. Jumlan pelayan (server) yang baik.
Pada saya jika sesebuah servis hanya mempunyai pelayan yang kurang dari 10 buah negara/alamat IP, ia berkemungkinan:
1. Syarikat yang tidak serius, hanya sekadar menjalankan bisnes ini secara ikut-ikutan.
2. Syarikat start-up/baru. Boleh diberikan peluang jika kliennya mempunyai ciri-ciri di atas.
9. Anti-DPI.
Sekali lagi jika ciri ini tidak ada, anda boleh membuat penilaian semula. Anti-DPI adalah penting untuk menangani isu Deep Packet Inspection yang selalu dijalankan oleh ISP dan kerajaan.
10. Sokongan platform berbilang (multi-platform/OS).
Klien VPN yang ada pula haruslah menyokong kesemua platform/sistem operasi major yang ada iaitu Windows, Mac, Linux, Android, dan iOS. Jika ia hanya menyokong sistem operasi tertentu sahaja, contohnya hanya menyokong Windows, atau Android, maka tinggalkanlah. Cari saja servis yang lain.
Ciri ini juga amat penting, kerana sokongan platform berbilang menunjukkan kematangan servis/syarikat itu dan para staf, dari segi pengalaman mereka, dan juga kemahiran mengendalikan servis tersebut.
Bonus:
11. Satu lagi ciri bonus, ialah kelajuan (speed).
Kalau melanggan VPN, pastikan kelajuan yang anda dapat adalah baik. Jika kelajuan yang diperoleh adalah perlahan, berkemungkinan terdapat beberapa sebab yang menjadikan ia begitu, antaranya ialah pelayan yang overload dengan pengguna, kelajuan pelayan yang sememangnya perlahan, serta VPN itu sendiri yang tidak dioptimumkan.
12. Menyokong protokol OpenVPN!
Ya, selain Anti-DPI yang disebutkan di atas, ciri sokongan terhadap protokol OpenVPN juga adalah amat-amat penting! OpenVPN yang dikombinasikan bersama Anti-DPI, adalah gandingan super mantap
13. Mempunyai akses, kawalan, dan posesi terhadap pelayan mereka!
Bagaimana mereka boleh menjamin hak privasi anda, jika pelayan pun mereka SEWA?? Pelayan yang disewa, adalah pelayan yang boleh diakses oleh pihak ketiga. Jadi sila pastikan syarikat yang anda langgan itu benar-benar mempunyai hak ke atas pelayan mereka, atau sekurang-kurangnya benar-benar dapat menjamin data anda selamat dari jatuh ke tangan pihak ketiga yang anda tidak mahu!