Youtube Membuang Bilangan Dislike Demi Membanteras Buli Siber
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Youtube Membuang Bilangan Dislike Demi Membanteras Buli Siber

Youtube Membuang Bilangan Dislike Demi Membanteras Buli Siber

0
Mobile Ads

Youtube dilaporkan membuang bilangan Dislike pada video di platformnya baru-baru ini. Langkah itu diambil dalam usaha terbaru mereka untuk membanteras kempen negatif yang terarah kepada mana-mana video atau pencipta kandungan tertentu di platform perkongsian video tersebut.

Youtube bagaimanapun, tidak membuang butang Dislike pada video. Sebaliknya, cuma bilangan dislike sahaja yang tidak ditunjukkan. Jangan pelik sekiranya anda tidak dapat melihat ciri baru ini pada aplikasi atau laman sesawang Youtube anda kerana setakat ini, ciri ini masih di peringkat percubaan dan hanya dilepaskan kepada sebilangan kecil pengguna sahaja.

Youtube berpendapat, sekiranya jumlah dislike tidak ditunjukkan pada platformnya, para pencipta kandungan akan lebih bermotivasi untuk menghasilkan video. Selain daripada itu, kempen kebencian dengan menyalahgunakan butang Dislike juga akan dapat dibendung.

Youtube berkata, butang Dislike akan terus dikekalkan kerana ia menjadi antara data penting dalam mempelajari tabiat setiap penggunanya dan apakah video yang mungkin diminati pengguna dalam algoritma cadangan Youtube. Tambah Youtube lagi, tiada cara yang membolehkan mana-mana individu keluar daripada ciri eksperimen ini apabila mereka menerimanya.

Ini bukan pertama kali perkara seperti ini berlaku. Instagram dan Facebook juga pernah membuang jumlah Likes pada platform mereka pada tahun 2019. Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka dalam memastikan pencipta kandungan di platfrom mereka mempunyai ‘kesihatan mental yang baik’. Walau bagaimanapun, jumlah Likes di kedua-dua platform berkenaan muncul semula atas beberapa faktor.

Bilangan Dislikes di Youtube juga, merupakan antara indikator penting dalam menonton dan mencari bahan tontonan berkualiti di Youtube. Video yang bersifat sensitif, palsu, penipuan dan berniat jahat sudah tentunya akan mendapat jumlah Dislike yang banyak. Jadi, sebagai pengguna laman, sudah tentunya akan terus tidak menonton video sebegini dan tidak membuang masa menonton video sehingga habis.

Masih lagi tiada berita selama mana eksperimen ini akan berjalan dan sama ada ciri baru ini akan dilaksanakan secara menyeluruh ataupun tidak.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version