WonderFox Valentine's Day Giveaway
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel WonderFox Valentine’s Day Giveaway

WonderFox Valentine’s Day Giveaway

0
Mobile Ads
Errr.. jangan silap faham, saya memang tak sambut hari Valentine, tapi syarikat WonderFox nampaknya tersangatlah bermurah hati untuk memberikan anda para pembaca akan giveaway yang baru!

Kali ini WonderFox memberikan gabungan 3 perisian versi ‘pro’ secara percuma, iaitu WonderFox DVD Video Converter Pro, Video to Picture, dan Greeting Card Builder.

Setakat ini saya baru sempat mencuba ialah perisian Video to Picture dan juga Greeting Card Builder. Keduanya menepati apa yang saya inginkan.

Perisian Video to Picture boleh menukar video-video yang telah anda rakamkan kepada gambar. Fungsinya mudah, hanya dengan beberapa klik sahaja anda mampu mendapatkan gambar yang anda ingini dengan pilihan-pilihan format berbeza mengikut kesesuaian.

Apa yang menarik, dengan gabungan kedua-dua perisian ini, anda mampu mencipta Greeting Card yang menarik tanpa perlu mahir dengan pelbagai jenis perisian penyunting terutamanya Adobe Photoshop. Dalam perisian Greeting Card Builder, terdapat pelbagai template, dari majlis pelkahwinan, hari jadi, dan juga lain-lain majlis, semuanya ada di dalam untuk anda gunakan.
Ini memudahkan kerja terutamanya jika anda dari jenis yang selalu dipilih oleh bos untuk membuat Greeting Cards seperti ini. Satu lagi perisian iaitu DVD Video Converter Pro saya tinggalkan untuk anda ‘teroka’ sendiri. Apapun anda perlu muat turun dan aktifkan kesemua perisian sebelum 16 Februari 2015. Terima kasih WonderFox!

Klik untuk muat turun : WonderFox Valentine’s Day Giveway

Mobile Ads

Exit mobile version