UploadUR.com Dibuka Kembali, Silent Hackers Bakal Menyusul
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel UploadUR.com Dibuka Kembali, Silent Hackers Bakal Menyusul

UploadUR.com Dibuka Kembali, Silent Hackers Bakal Menyusul

0
Mobile Ads

UploadUR.com pernah mendapat liputan dalam blog MHAH satu ketika dahulu. Namun beberapa bulan selepas pelancarannya, ia ditutup, dan kemudian Forum Silent Hackers pula mengikut jejak langkahnya.

Tetapi selepas semua isu reda, akhirnya UploadUR.com dibuka kembali. Itu juga bukan penamat kepada post kali ini, kerana kata Hatz, Silent Hackers juga bakal dibuka dalam tempoh beberapa hari lagi.

Buat mereka yang pernah memaki hamun kerana isu BAJU T, anda dinasihatkan agar tidak membuat perangai orang Melayu zaman Hang Tuah, menuduh melulu tanpa usul periksa. Baju T itu bakal diedarkan selepas beberapa isu diselesaikan. Adalah diharapkan tiada lagi isu berbangkit mengenai baju t SH di blog MHAH selepas ini!

Selamat maju jaya Forum SH Group. Semoga tiada lagi anak Melayu yang menimbulkan kacau dan bilau di Forum hacking dari Malaysia, satu-satunya forum yang paling cepat berkembang.

Mr.Hac: Lemas dengan Melayu penikam belakang.

Mobile Ads

Exit mobile version