Tukar Template Blogger Kepada Mesra SEO
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Tukar Template Blogger Kepada Mesra SEO

Tukar Template Blogger Kepada Mesra SEO

0
Mobile Ads

Pengguna blogger pasti perasan, jika ada antara anda yang melihat keputusan hasil carian blog anda di Google, secara default blogger meletakkan nama blog anda terlebih dahulu sebelum tajuk entri anda.

Sebagai contoh, jika blog ini masih belum di-‘tweak’, hasil carian untuk entri ini adalah : OMG! Hackers? – Tukar Template Blogger Kepada Mesra SEO. Ini mendatangkan masalah kepada anda dalam dua cara, iaitu:

1. Berkemungkinan hasil carian hanya memaparkan : OMG! Hackers? – Tukar Template Blogger Kepada…
Anda tentu tidak mahu para pembaca melangkau blog anda kerana tidak faham dengan hasil carian seperti ini bukan?

2. Seboleh-bolehnya anda mahu pastikan tag tajuk entri anda dalam lingkungan 7 hingga 9 perkataan sahaja, kerana ramai pakar SEO yang percaya bahawa jika lebih dari itu, bakinya tidak akan dibaca oleh bot enjin carian. Membazir tenaga bot sahaja.

Jadi, kaedah yang terbaik di sini ialah dengan menukar tajuk entri ke depan, dan nama blog di belakang, seperti di bawah:

Caranya mudah. Anda log masuk ke blogger.com, pergi ke Design > Edit HTML, kemudian cari baris berikut:

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Gantikan dengan kod berikut:

1. Jika anda mahu hanya tajuk entri sahaja yang berada pada hasil carian:

<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;index&quot;’>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/></title>
</b:if>

2. Jika anda mahu tajuk entri dan nama blog berada pada hasil carian:

<b:if cond=’data:blog.pageType == “item”‘>
<title><data:blog.pageName/> |<data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title> </b:if>

Mudah bukan? Sebagai bonus, Mr.Hac ingin memberikan kod untuk membuat kotak carian seperti yang diminta oleh saudara mdfaizal. Berikut adalah kodnya:

<form action=”http://www.omghackers.com/search”
method=”get”> <input class=”textinput” name=”q” size=”19″ type=”text”/> <input value=”Cari” class=”buttonsubmit” name=”submit” type=”submit”/></form>

Teks yang berwarna ungu, anda gantikan dengan URL blog anda, dan teks yang berwarna biru ialah saiz widget. 19 ialah saiz yang ideal pada blog ini. Tukar ia mengikut kemahuan anda.

Mobile Ads

Exit mobile version