Tukar Pautan/Fail Torrent Kepada Direct Link
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Internet Tukar Pautan/Fail Torrent Kepada Direct Link

Tukar Pautan/Fail Torrent Kepada Direct Link

0
Mobile Ads

Salah satu cara popular untuk menukar pautan/fail/pautan magnet torrent kepada pautan terus (direct link) ialah dengan menggunakan laman ZbigZ:

Tetapi terdapat satu lagi cara/laman yang boleh bertindak dengan kaedah yang lebih kurang serupa, iaitu…..

Adakah anda fikirkan BitLet.org? Oh tidak.. Laman ini boleh dikatakan lebih mudah, cuma bezanya anda perlu mendaftar, tetapi tidak perlukan pengesahan melalui e-mel. Laman itu ialah Put.io.

Cara menggunakannya memang cukup mudah, tak perlu bersusah-payah memikirkan tentang seeder yang tak kunjung tiba. Anda cuma perlu:

1. Selepas siap mendaftar, buka pautan Transfers
2. Kemudian, masukkan pautan fail torrent anda. Anda juga boleh muat naik fail torrent jika anda sudah muat turunnya terlebih dahulu. Sila lihat contoh dibawah (klik gambar untuk paparan lebih jelas):

3. Klik Next dan tunggu sehingga ia selesai dimuat turun:

4. Anda boleh lihat contoh di bawah, fail-fail selesai dimuat turun ke dalam akaun anda, like a boss!

5. Anda juga boleh mainkan terus fail media anda yang telah dimuat turun tersebut:

Walau bagaimanapun, setiap yang bagus pasti ada kekurangannya. Untuk kes Put.io, ia menawarkan pelan percuma dan juga berbayar (premium). Untuk pelan percuma, anda cuma diberi ruang simpanan sebanyak 1GB sahaja. (Ini zaman bila duk pakai pelan saiz 1GB lagi ni?) ~_~

Manakala untuk pelan berbayar, ada ruang simpanan ekstra bermula dari 10GB sehinggalah kepada 1000GB. Memang berbaloi untuk kaki muat turun tegar. Tapi kalau anda cuma mahu muat turun fail dalam lingkungan di bawah 1GB, padam sahajalah yang lama tu!

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version