Torch Browser : Torrent, Media Grabber, Semua Dalam Satu
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Internet Torch Browser : Torrent, Media Grabber, Semua Dalam Satu

Torch Browser : Torrent, Media Grabber, Semua Dalam Satu

0
Mobile Ads

Pertama kali terjumpa dengan Torch Browser adalah melalui laman The Pirate Bay. Disebabkan saya ‘kaki torrent’, perisian-perisian seperti ini memang jarang saya lepaskan. Jadi apa lagi, mencuba adalah perkara wajib. Apapun tonton dulu video ini:



Apa Itu Torch Browser:

Torch Browser ialah pelayar web berasaskan Chromium yang dicipta untuk memudahkan pengguna dari segi prestasi, keselamatan, integrasi dengan kandungan multimedia serta laman sosial.

Kelebihan Torch Browser:

1. Dibina berasaskan kod sumber Chromium. Oleh itu ia adalah pelayar web yang pantas dan selamat.

2. Mengintegrasi pelbagai fungsi multimedia seperti pemuat turun fail (download accelerator), media grabber, dan pemuat turun torrent.

3. Integrasi dengan laman sosial seperti Facebook.

Kekurangan Torch Browser:

1. Pemuat turun torrent terbina dalaman berkemungkinan akan menjadikan prestasinya sedikit perlahan.

2. Kemungkinan untuk crash lebih tinggi.

Mungkin anda lebih sukakan cara tradisional untuk memuat turun fail dan torrent, tetapi jika anda hendak mencuba, tiadalah pula salahnya. Pengalaman diri sendiri lebih berharga dari pendapat orang lain.

Anda boleh muat turun Torch Browser di laman web rasminya di sini : Torch Browser

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version