Sony Playstation Network Telah Digodam - Apa Yang Perlu Anda Lakukan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Sony Playstation Network Telah Digodam – Apa Yang Perlu Anda Lakukan

Sony Playstation Network Telah Digodam – Apa Yang Perlu Anda Lakukan

0
Mobile Ads

Sony mengakui bahawa minggu ini Playstation Network (PSN) telah digodam (hacked), dan telah mendedahkan 77 juta akaun yang berada dalam pengkalan data mereka berada dalam bahaya.

Para pakar keselamatan berkata para pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan akaun bank mereka, juga kad-kad kredit kerana berkemungkinan besar data-data tersebut sudah berada dalam tangan penggodam.

Terdapar banyak kekeliruan tentang perlanggaran data itu, namun di sini senaraikan beberapa garis panduan tentang apa yang boleh (dan tidak boleh) dilakukan oleh anda tentang situasi ini.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan:

1. Memerhatikan/Berjaga-jaga Dengan Akaun Bank Anda
– Pada masa ini anda perlu memerhatikan akaun bank anda untuk memastikan tiada transaksi yang terjadi diluar pengetahuan anda. anda perlu menghubungi bank anda dengan segera supaya wang anda tidak digunakan oleh orang lain.

2. Perhatikan Spam
– Kesemua dari kita menerima e-mel spam setiap hari namun jika e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar di PSN menerima spam yang mengandungi laman phishing yang meminta maklumat terperinci mengenai akaun anda, maka sebaiknya anda menapis e-mel tersebut kerana berkemungkinan e-mel anda telah jatuh ke tangan yang salah.

3. Ubah Kata Laluan Yang Sama Dengan Akaun PSN Anda
– Kebanyakan dari ramai orang di seluruh dunia akan menggunakan kata laluan yang sama bagi setiap akaun yang mereka ada. apabila satu daripada kata laluan anda terdedah kepada para penggodam, maka mereka akan dapat mengakses ke seluruh akaun anda yang lain secara umumnya seperti akaun Facebook, Twitter, dan lain-lain.
Untuk mengetahui kaedah membuat kata laluan yang selamat, sila ke sini —> Tips Memilih Kata Laluan Yang Selamat.

4. Dengar Kata Pakar – Bertindak Sekarang!
– Para penggodam tidak akan menunggu lama, kerana bagi mereka ini merupakan seolah-olah ‘harta karun’ yang telah ditunggu sekian lama. Anda perlu bertindak sekarang untuk meminimakan kemungkinan akaun anda menjadi mangsa dalam penggodaman ini.

Apa Yang Tidak Boleh/Dapat Anda Lakukan:
Inilah masalah yang paling besar apabila PSN digodam, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat anda lakukan seperti:

1. Mengetahui Sekiranya Akaun Anda Telah ‘Dijangkiti’ Atau Tidak
– Sehingga Sony melakukan pengumuman seterusnya mengenai keadaan ini, kesemua akaun PSN dianggap telah dijangkiti.

2. Mengubah Kata Laluan PSN Anda
– Buat masa ini kesemua pengguna PSN tidak akan dapat mengubah kata laluan mereka kerana PSN telah ‘dibekukan’..apa yang dibimbangkan apabila PSN kembali ke atas talian, ia akan mengalami crash apabila semua pengguna cuba untuk log masuk dan menuntut kembali akaun mereka yang telah digodam tersebut.

3. Memeriksa Kembali Kad Kredit Yang Digunakan Untuk PSN
– PSN telah ada sejak tahun 2007 (di United Kingdom, sejak November 2006 di Jepun), yang bermaksud beberapa pengguna tidak akan dapat mengetahui kad yang mana satu telah dikaitkan dengan PSN.

Sampai PSN sudah kembali stabil, tidak ada cara untuk melihat kad yang anda miliki di dalam akaun anda.

4. Mengubah Gamer Tag Anda
– Jika seseorang telah mendapatkan identiti PSN anda, jadi perkara pertama yang pasti ingin anda lakukan ialah log masuk kembali dan mengubahnya supaya anda dapat menuntutnya kembali. salah satu cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan mengubah gamer tag anda.
Malangnya apabila Sony PSN telah ‘dibekukan’ (bahasa mudahnya system down), ia adalah mustahil untuk dilakukan. oleh itu adalah lebih baik anda mengubah mana-mana tag yang sama dengan gamer tag anda. jadi sekiranya identiti Twitter anda sama dengan PSN anda, maka adalah lebih baik anda ubah mengikut prioriti yang mana lebih penting dahulu, iaitu yang BOLEH diubah.

Mobile Ads

Exit mobile version