SMPlayer : Bukan Sebarang Front End
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel SMPlayer : Bukan Sebarang Front End

SMPlayer : Bukan Sebarang Front End

0
Mobile Ads

Saya pernah membuat sedikit ulasan berkenaan pemain media/video UMPlayer, yang merupakan front end kepada MPlayer dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan. UMPlayer juga adalah fork kepada sebuah projek asal iaitu SMPlayer.

SMPlayer boleh dikatakan mempunyai kesemua ciri yang ada pada UMPlayer, cuma dalam kes prestasi, SMPlayer boleh dikatakan lebih baik. Selain itu, ia juga menyokong penstriman video dari Youtube, yang mana ciri ini tidak berfungsi pada UMPlayer. Pembangunan UMPlayer juga boleh dikatakan sudah lama terhenti, jadi SMPlayer tampak kembali ‘bersinar’ sebagai produk asal yang unggul.

Satu ciri SMPlayer yang paling saya sukai ialah ia akan ‘mengingati’ setiap tetapan atau kedudukan semasa video yang sedang dimainkan. Jadi jika anda terklik butang pangkah yang mengakibatkan ia ditutup secara tidak sengaja, anda cuma perlu mainkan semula video tersebut, dan ia akan dimainkan pada kedudukan terakhir ketika SMPlayer tertutup.

Tak lupa juga anda tidak perlu muat naik (load) semula sarikata pada video tersebut kerana tetapan itu juga akan ‘diingati’ oleh SMPlayer.

Untuk pemasangan pada Ubuntu, anda perlu gunakan PPA dan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install smplayer smtube smplayer-themes smplayer-skins

Untuk Arch Linux, cukup sekadar:

sudo pacman -S smplayer

Bagi sistem operasi Windows pula, anda boleh muat turun fail pemasangnya di sini:

SMPlayer – Downloads

Selamat mencuba dan menyukai SMPlayer.

Mobile Ads

Exit mobile version