Senarai Anonymous Web Browser
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Senarai Anonymous Web Browser

Senarai Anonymous Web Browser

0
Mobile Ads

Berikut Mr.Hac senaraikan Anonymous Web Browser yang dapat membantu anda melayari internet secara anonymous dengan menyembunyikan IP asal anda dan dan mengenkrip sambungan internet supaya tidak dapat dibaca pergerakan internet anda..
(tiada kaitan dengan Anonymous Hackers)

Senarai Anonymous Web Browser:

Dalam pakej TOR terdapat Tor Browser yang boleh dimuat turun..antara yang terbaik kerana projek ini masih lagi diteruskan dan diselenggara..biarpun kelajuan internet anda agak perlahan, namun TOR merupakan perisian terbaik untuk dicuba..

Usejump

Sememangnya dicipta untuk melepasi sekatan internet..mempunyai ‘button’ on dan off untuk melayari internet secara anonymous..namun apabila anda menekan ‘On’, kelajuan tersangatlah lambat..ia bukan pilihan Mr.Hac..(TOR masih boleh diberi maaf)

XB @ Xerobank Browser

Juga boleh dicuba..dahulunya dikenali dengan nama Torpark..cuma jika anda ingin kelajuan yang lebih, anda perlu membeli pakej mereka..errr..cuba yang percuma dulu baru bagi komen ok?

Opera TOR

Merupakan pilihan Mr.Hac namun malangnya ia kelihatan seperti tidak lagi diselenggara..aduhai..kenapa projek seperti ini perlu berakhir? hmm..bagaimanapun Opera TOR versi 3.5 masih lagi terbaik dan jika anda pandai bermain dengan tetapan pelayar Opera, ia pasti menyeronokkan..Mr.Hac sarankan anda ‘On’ Java Script dan juga Java supaya paparan laman web menjadi sempurna..

Bagaimana pula dengan anda? apakah perisian yang anda gunakan untuk kekal selamat dalam talian? juga untuk melepasi sekatan internet? berikan pendapat anda dan kongsikan dengan semua..Mr.Hac harap semoga entry kali ini bermanfaat untuk anda dalam memahami apa itu anonymous web browsing/surfing..sila rujuk entry-entry lama untuk mengetahui beberapa perisian yang berguna untuk tujuan tersebut..

Mobile Ads

Exit mobile version