Review: Lenovo G480
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Review: Lenovo G480

Review: Lenovo G480

0
Mobile Ads

Bekerja dengan laptop adalah pilihan bagi kebanyakan orang. Untuk kebanyakan orang juga, laptop dalam ‘bajet’ adalah menjadi keutamaan. Di sinilah Lenovo G480 berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Lenovo G480 adalah laptop bajet yang mempunyai ciri-ciri begitu menarik sekali. Antara ciri yang menjadi perhatian ialah pemproses generasi ke-3 Intel® Core™ i5-3210M, Intel® Hyper-Threading Technology, ruang cakera keras sehingga 1TB, port USB 3.0, skrin 14 inci berdefinisi tinggi dan sistem audio Dolby terintegrasi dalaman.

Laptop ini, selain boleh melakukan kerja-kerja ‘heavy-duty’ seperti menyunting gambar dan video, ia juga boleh digunakan untuk permainan (gaming) kerana dengan pemproses Intel Core i5 berserta teknologi Hyper-Threading, anda boleh mendapat kepuasan pada grafik terbaik dan framerate yang tinggi.

Walaupun digasak hebat, Lenovo G480 membuktikan kemampuannya apabila tetap kekal senyap tanpa bunyi kipas penyejuk yang kuat, serta mampu bertahan lama dengan bateri 6 sel. Tak lupa juga sekiranya anda tidak menggunakan penyejuk luaran (Cooling Pad), Lenovo G480 masih mampu beroperasi pada waktu yang lama tanpa mengeluarkan haba panas.

Selain itu, keyboard yang terdapat pada laptop ini juga boleh dikatakan membantu dalam kerja-kerja seharian serta kepermainan, oleh kerana bentuknya yang agak besar dan selesa ditekan (AccuType Keyboard). Tak lupa juga ia menyokong sistem operasi Windows 7, Windows 8, dan juga Linux.

Ciri yang boleh dikatakan hebat bukanlah kerana pemprosesnya sahaja, tetapi adalah kerana harganya yang setanding dengan ciri. Dengan pemproses Intel® Core™ i5 (FreeDOS), anda boleh memperoleh laptop ini dengan harga serendah RM1400++. Amat berbaloi untuk mereka yang inginkan prestasi dan dalam masa yang sama ingin mencari laptop dalam bajet sederhana.

Lenovo G480, sebuah laptop Multimedia, Gaming, dan bajet, semua dalam satu.

Mobile Ads

Exit mobile version