RaptorVPN Kembali!
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel RaptorVPN Kembali!

RaptorVPN Kembali!

0
Mobile Ads

Setelah sekian lama RaptorVPN menutup akses ke pelayan OpenVPN mereka, hari ini Mr.Hac mencuba nasib dan ternyata RaptorVPN (OpenVPN) sudah dibuka kembali!
Sebelum ini mereka menutup akses OpenVPN kerana rutin penyelenggaraan.

Tapi kini anda sudah boleh kembali menggunakan servis OpenVPN RaptorVPN yang 100% percuma, dengan kelajuan muat turun dan muat naik yang maksimum serta boleh digabungkan bersama dengan OpenVPN Portable. Bagi mereka yang sukakan versi installer, maka anda boleh terus memasangnya pada komputer. Bagi mereka yang sukakan versi mudah alih pula, anda boleh gabungkannya bersama dengan OpenVPN Portable. Ikuti tutorial berikut.

Tutorial Menggunakan RaptorVPN Bersama Dengan OpenVPN Portable:

1. Log masuk di laman web RaptorVPN dengan menggunakan akaun RaptorVPN anda. Muat turun Client RaptorVPN yang baharu. (Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)

2. Klik kanan dan buka installer RaptorVPN dengan menggunakan WinRAR (Open with WinRAR). Anda boleh dapatkan WinRAR versi terbaru (4.01) di sini -> WinRAR 4.01 Full Crack
Atau anda juga boleh gunakan perisian Universal Extractor

3. Buka folder ‘spotflux’ dan ekstrak fail-fail mengikut gambar di bawah
(ca.crt, hostname.crt, hostname.key, SpotFlux.ovpn, SpotFlux-alt.ovpn, ta.key):

4. Sekiranya anda belum mempunyai OpenVPN Portable, anda boleh memuat turunnya
pada laman ini -> OpenVPN Portable

5. Salin (copy) dan letakkan fail-fail yang telah anda ekstrak tadi ke dalam direktori
OpenVPNPortable -> data -> config

6. Langkah seterusnya anda sudah boleh menggunakan RaptorVPN seperti biasa.

7. Klik pada fail exe OpenVPNPortable dan klik ‘Connect’
(klik kanan dahulu pada ikon OpenVPNPortable yang berada di system tray, pilih ‘SpotFlux’ atau SpotFlux-alt’ kemudian baru klik Connect)..

8. Masukkan nama pengguna (username) anda iaitu e-mail yang anda gunakan untuk mendaftar dengan RaptorVPN dan masukkan kata laluan (password) yang dihantar ke e-mail anda. Ambil perhatian, sila masukkan kata laluan servis, bukan kata laluan akaun RaptorVPN anda. Dua kata laluan ini berbeza. Anda boleh dapatkan kata laluan ini di dalam akaun RaptorVPN anda pada pautan ‘My Emails‘ dan anda akan dapat lihat ‘Your RaptorVPN Account Information and Setup Instructions‘. Klik padanya dan satu tetingkap baru akan dibuka (Rujuk gambar).

9. Setelah anda masukkan nama pengguna serta kata laluan, tunggu sehingga sambungan VPN berjaya..

10. Setelah sambungan berjaya dilakukan, cuba buka browser anda..sekiranya anda boleh melayari internet tanpa sebarang masalah, anda boleh periksa alamat IP anda di sini -> What Is My IP Address?

Mobile Ads

Exit mobile version