Pinguy OS 12.04 Beta Dilepaskan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Pinguy OS 12.04 Beta Dilepaskan

Pinguy OS 12.04 Beta Dilepaskan

0
Mobile Ads

Beberapa hari lepas saya ada menulis mengenai Linux Mint 13 ‘Maya’ RC yang telah dilepaskan kepada umum. Untuk pengetahuan anda, bagi menjimatkan masa (yang sebenarnya saya malas nak tulis pos baru), suka untuk saya umumkan bahawa Linux Mint 13 Maya rilisan stabil telah pun dilepaskan kepada umum. Ia mempunyai dua versi iaitu menggunakan MATE Desktop atau Cinnamon.

Linux Mint 13 Maya boleh dimuat turun di sini : Linux Mint Download Page

Baiklah. Kita beralih pula kepada tajuk pos. Pinguy OS, yang dahulunya melepaskan rilisan 11.10 dalam versi ‘separuh siap’, kini melepaskan versi terbaru iaitu 12.04 rilisan Beta. Disebabkan Gnome Shell sudah dikatakan mencapai proses kematangan, maka rilisan terbaru ini bakal mempunyai rilisan stabil.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai rilisan ini kerana ia masih menggunakan layout dari versi 11.10. Jadi anda boleh membaca mengenai rilisan ini di sini.

Anda boleh muat turun Pinguy OS 12.04 Beta pada pautan ini : Pinguy OS Blog

Mobile Ads

Exit mobile version