Permainan 3D Ubisoft : From Dust Kini Boleh Dimainkan Di Linux
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Permainan 3D Ubisoft : From Dust Kini Boleh Dimainkan Di Linux

Permainan 3D Ubisoft : From Dust Kini Boleh Dimainkan Di Linux

0
Mobile Ads

Bagi kipas-susah-mati permainan 3D, From Dust adalah pilihan yang sangat tepat untuk memenuhi waktu lapang. Ia dipenuhi dengan grafik yang superb, dan kepermainan bertaraf 5/5 bintang.

Berita baik buat semua pengguna sistem operasi Linux, permainan 3D ini kini boleh dimainkan pada sistem operasi anda hanya dengan menggunakan pelayar web Google Chrome.

Dalam permainan ini, anda bertindak sebagai ‘pengawal’ alam yang mampu mengawal kesemua elemen untuk memastikan kelangsungan hidup kaum/puak anda.

Anda boleh muat turun From Dust melalui Chrome Web Store. Jalankan permainan ini dan tunggu sehingga ia siap memuat turun data permainan.

Untuk menjalankan ia pada Chrome dengan baik, sila pastikan:

1. Native Client = Enable -> pada chrome://flags

2. Taipkan chrome://gpu pada URL baru Chrome, dan jika anda dapat melihat WebGL atau Compositing diwarnakan dengan warna merah pada Graphics Feature Status, sila taipkan chrome://flags pada URL bar Chrome, dan Enable pada pilihan Override software rendering list.

Mobile Ads

Exit mobile version