Pemecah Mitos: Android Battery Calibration?
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Pemecah Mitos: Android Battery Calibration?

Pemecah Mitos: Android Battery Calibration?

0
Mobile Ads

Sebuah lagi mitos mengenai Android yang enggan luput dek zaman. Jadi artikel ini adalah diharap dapat meleraikan mitos sepanjang zaman.

Dipendekkan cerita, adalah lebih baik anda telusuri dan dalami dahulu penjelasan sebenar mengenai Battery Calibration dari Google Engineer, Dianne Hackborn:

Battery Calibration Myth Debunking

Ya.. sebuah post yang boleh dikatakan sudah lama juga. Beliau menjelaskan mengenai mitos fail ‘batterystats.bin’ yang sering diperkatakan oleh para pengguna, peminat, malah pembangun aplikasi Android, sehingga terciptanya aplikasi seperti Battery Calibration.

Untuk meringkaskan artikel ini, cukup sekadar saya menjelaskan bahawa (dengan harapan anda sudahpun membaca post dari Dianne Hackborn) sebarang data/maklumat mengenai bateri adalah tersimpan dalam ‘dedicated chip’ bateri tersebut, dan bukan dikawal-selia oleh fail atau dalam bentuk aplikasi/perisian sistem operasi Android. Jadi sekiranya peranti itu menggunakan sistem operasi yang lain, maka meter bateri tetap akan menunjukkan laporan yang sama seperti sistem operasi sebelumnya.

Bateri yang dicipta sebelum bermulanya zaman Lithium-ion sememangnya mempunyai ‘kaedah memori’, jadi kalibrasi adalah perlu untuk bateri jenis ini. Sebagai contoh jika anda tidak fully discharge dan terus mengecas pada 30% kapasitinya, ia akan melaporkan sebagai 0%, lalu memberi anda kapasiti bateri yang kurang dari sebelumnya. Namun hal ini tidak berlaku pada bateri dengan teknologi Lithium-ion. Rujukan.

Jadi, baik kawal-selia jangka hayat bateri oleh sebuah fail dalam sistem operasi Android, mahupun penggunaan ‘kaedah reset memori bateri’, adalah tidak lagi boleh digunapakai pada bateri-bateri moden zaman ini. Anda rasa bateri anda sudah mula menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan? Beli saja bateri baru atau silakan mula membawa powerbank ke mana-mana. Sekian.

Mobile Ads

Exit mobile version