Pasang Clementine Pada Ubuntu/Linux Mint
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Pasang Clementine Pada Ubuntu/Linux Mint

Pasang Clementine Pada Ubuntu/Linux Mint

0
Mobile Ads

Hahah. Jangan marah aaa. Mr.Hac berkejar entri ni sebab nak balik kampung dah. Raya la katakan!
Kepada para guest author, tolong update dan cover bab Windows ya!

Ok. Nak jadikan cerita, Clementine adalah antara pemain muzik terbaik yang ada untuk Linux selain Banshee, Amarok, Rhythmbox dan sebagainya.

Berikut Mr.Hac berikan cara untuk pasangnya (install) pada Ubuntu dan Linux Mint, terutamanya untuk Ubuntu 11.10 kerana setakat ini masih belum ada lagi fail pemasang .deb untuk versi tersebut.

1. Tambah repository Clementine. Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:

sudo add-apt-repository ppa:me-davidsansome/clementine

Untuk Ubuntu 11.10, seperti biasa anda perlu tekan kekunci ENTER untuk menambahnya. Ia sedikit berbeza dengan memberi pilihan kepada kita berbanding versi Natty Narwhal dan sebelumnya.

2. Kemaskini OS anda:

sudo apt-get update

3. Pasang Clementine:

sudo apt-get install clementine

Dapat dilihat pada paparan skrin di bawah, anda mempunyai pilihan untuk memasangnya atau tidak dan diberitahu juga berapa jumlah ruang cakera keras yang diperlukan (13.1 MB). Taip ‘y‘ dan tekan kekunci ENTER.

SELESAI. Berikut adalah paparan skrin Clementine pada Ubuntu Oneiric Ocelot 11.10. Selamat mencuba!

Mobile Ads

Exit mobile version