Ophcrack Live CD : Hack Windows Administrator Password
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Ophcrack Live CD : Hack Windows Administrator Password

Ophcrack Live CD : Hack Windows Administrator Password

0
Mobile Ads

Dah puas belajar manual? Nak tools yang boleh buat kerja secara automatik? Boleh.. Cuma kalau boleh cara manual yang telah Mr.Hac ajarkan dalam entri-entri lama sebelum ini silalah khatamkan dahulu supaya anda faham apa yang berlaku disebalik tabir.

Ophcrack Live CD ialah tool yang patut anda ada dan simpan dalam peti sejuk laci meja di tempat kerja anda atau di mana saja. Ia boleh dirakam (burn) ke dalam CD atau pendrive untuk memudahkan anda membawanya ke mana-mana.

Ophcrack merupakan Password Cracker untuk sistem operasi Windows yang percuma dan bersumber terbuka. Corak godamannya berasaskan Rainbow Table (Boleh juga baca mengenainya DI SINI). Ia mempunyai GUI yang mudah dan dapat dijalankan pada platform yang berbeza.

Ophcrack boleh di muat turun di sini -> Ophcrack

Ia boleh dirakamkan ke dalam CD menggunakan perisian ImgBurn atau rakamkannya ke dalam pendrive menggunakan Universal USB Installer.

Cara penggunaannya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu boot melalui Ophcrack Live CD atau USB dan apabila ia mula boot, ia akan mula menjalankan fungsinya secara automatik. Sebaik saja kata laluan dapat dipecahkan, sila catitkan dan keluarkan Live CD atau USB itu tadi.

Mobile Ads

Exit mobile version