Ninjutsu OS: Hampir Kelakar
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Ninjutsu OS: Hampir Kelakar

Ninjutsu OS: Hampir Kelakar

0
Mobile Ads

Ada sebabnya, mengapa Linux digunakan terutamanya dalam hal penetration test. Kali Linux menjadi popular bukan sahaja kerana ada bermacam jenis tools, tetapi kerana:

  1. Kerana ia Linux, duh.
  2. Disebabkan ia Linux, maka ia percuma.
  3. Dan disebabkan ia Linux, percuma, serta sumber terbuka, maka pengguna sistem operasi tersebut boleh melakukan sesuka hati mereka dengan membuat modifikasi atau ‘tweaks’.

Tidak begitu dengan Windows. Walaupun OS itu anda BELI (hnnggghhh), anda tidak dapat berbuat sesuka hati anda.

Ninjutsu OS

Itulah yang terjadi kepada Ninjutsu OS.

Ninjutsu OS merupakan projek oleh seorang pakar sekuriti iaitu Hasan A. Ia menggunakan skrip dan beberapa alatan untuk menukar Windows 10 menjadi lebih ‘selamat’ dan lebih privasi.

Disebabkan itu, Ninjutsu OS menerima notis dari DMCA.

Menurut notis pelanggaran akta hak cipta itu, sebarang;

Penyesuaian (customizing), pengubahsuaian (tweaking), dan menyahaktifkan ciri Windows 10, walaupun untuk meningkatkan sekuritinya, merupakan satu bentuk pelanggaran terhadap lesen perisian Microsoft.

Ini boleh diibaratkan anda sudah beli sebuah kereta mahal, tetapi anda tidak boleh menambah atau mengubah sebarang cirinya sama ada bertujuan untuk meningkatkan keselamatan mahupun menambah elemen pemain media dan pembesar suara.

Projek ini nampaknya masih diteruskan, tetapi secara ‘senyap’ di Telegram dan Twitter. Heh.

TL;DR – Gunakanlah Linux sebagai asas sistem operasi jika anda ingin ‘bermain’ dengannya dan mengubahsuai berbagai perkara. Anda tidak akan disaman atau menerima sebarang notis dari DMCA.

Muat turun Kali Linux:

https://www.kali.org/

#OMGHInfo #Linux #Kali #OffensiveSecurity #PentestOS

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version