Menghidupkan 3D Desktop Cube Pada Ubuntu 11.10
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Menghidupkan 3D Desktop Cube Pada Ubuntu 11.10

Menghidupkan 3D Desktop Cube Pada Ubuntu 11.10

0
Mobile Ads

Bagi para ‘master’, mungkin ini permainan biasa kerana dalam Ubuntu dari versi terawal lagi sudah wujud kesan visual seperti ini. Tetapi sejak versi Natty Narwhal dilancarkan, kesan desktop cube dilihat agak sukar dibuat kerana ada yang mengatakan Unity akan ‘crash’, ‘hilang’ dan sebagainya. Namun tidak mengapa. Anda boleh baca serba sedikit ‘perjalanan’ Mr.Hac dalam menghidupkan 3D Desktop Cube Effect @ 3D Desktop Environment pada Ubuntu Oneiric Ocelot 11.10.

*Malu weh awek ni tahu main effect macam-macam dalam Ubuntu, tak kan kita laki tak boleh kot!
Tak caya tengok video dia -> http://www.youtube.com/watch?v=LGY9cwSjZsU

Apapun untuk memeriksa sama ada sistem anda menyokong kesan visual Compiz atau tidak, cuba masukkan baris perintah di bawah ke dalam Terminal:

/usr/lib/nux/unity_support_test -p

Jika hasilnya seperti di atas, semua jawapan adalah ‘yes’, maka ia bakal berhasil.

1. Pertama sekali, untuk Ubuntu mula dari versi Natty Narwhal (11.04) dan kemudian versi terbarunya Oneiric Ocelot, anda perlu pasangkan CompizConfig Settings Manager. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:

sudo apt-get install compiz compizconfig-settings-manager

2. Kita akan buat kesemua tetapan melaluinya. Kemudian pasangnya Synaptic Package Manager. Masukkan baris perintah berikut ke dalam Terminal:

sudo apt-get install synaptic

3. Buka Synapctic Packages Manager dan taipkan ‘compiz extra’ pada kotak carian. Pasangkan pakej yang belum dipasang (bertanda kotak putih). Kotak berwarna hijau bererti ia telah siap dipasang.

4. Buka CompizConfig Settings Manager, pergi kepada General Options -> Desktop Size. Tetapkan Horizontal Virtual Size kepada 4, dan yang lain-lain kepada 1. Ini akan mewujudkan kesan 3D untuk desktop anda.

5. Pergi kepada Desktop, tandakan Desktop Cube dan Rotate Cube. Anda perlu ‘terima’ semua tetapan yang dicadangkan selepas menanda kedua-duanya. Ingat, ‘Ubuntu Unity Plugin’ perlu ditandakan. Jika tidak, anda akan kehilangan paparan Unity.

6. Mulai semula (Restart) komputer anda. Katakanlah anda melihat kesemua yang ada pada sistem jadi kucar kacir, contohnya bar (dock) Unity hilang, sila buka Terminal dengan menekan kekunci Ctrl+Alt+T dan taipkan ccsm untuk membuka CompizConfig Settings Manager. Tandakan Window Decoration, Move Window, dan Resize Window. Serta jangan lupa Ubuntu Unity Plugin.

7. Wal-lah! Sekarang anda boleh cuba kesan 3D desktop anda! Tekan kekunci Ctrl+Alt dan klik kiri pada tetikus.

8. Untuk jadikan ia lebih menyerlah, tukar keempat-empat wallpaper desktop anda.
Jawapan yang sesuai -> Google.

9. Klik pada icon ‘Desktop Cube’, pergi kepada tab ‘Transparent Cube’, dan ubah ‘Opacity During Rotation’ kepada nilai yang anda sukai. Ini untuk menjadikan kiub yang terhasil itu seakan-akan pandang tembus. Transparent la katakan! Aih..payah. Ok then, yang lain-lain tu pandai-pandai lah godek sendiri ya! Tengok gambar kat bawah, ada rasa ‘jaki’ tak?

Ini pula gambar paparan skrin setelah Mr.Hac tukar keempat-empat Workspaces dengan wallpaper yang berbeza:

Wahaha! Selamat bereksperimentasi! Tak sia-sia Mr.Hac install Ubuntu balik!

Mr.Hac: Rasanya tetapan yang sama boleh digunakan pada Linux Mint, tapi Mr.Hac belum cuba lagi. Adik Ubuntu la katakan!

Jika anda buat tak jadi (tak tahulah apa masalah anda), buka Terminal dan masukkan kesemua baris perintah di bawah untuk ‘membuang’ tetapan dari CompizConfig Settings Manager dan kembalikan kepada tetapan asal.

rm -rf .gconf/apps/compiz*
rm -rf .cache/compizconfig-1/
rm -rf .config/compiz-1/
rm -rf .compiz*

UPDATE: Mr.Hac dah cuba pada Linux Mint 11. Tiada masalah! 100% berkesan dan berhasil. Langkahnya adalah sama dengan tutorial di atas kecuali tiada ‘Ubuntu Unity Plugin’. itu sahaja bezanya. Dan tak lupa juga Linux Mint tak perlu lagi pasang CompizConfiz Settings Manager kerana ia sudah sedia ada.

Paparan skrin Linux Mint 11 dengan 3D Desktop Cube:

Mobile Ads

Exit mobile version