Menggunakan VPN FreeUploads Pada Linux
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Menggunakan VPN FreeUploads Pada Linux

Menggunakan VPN FreeUploads Pada Linux

0
Mobile Ads

Saya merupakan peminat nombor satu OpenVPN. Mana-mana servis VPN yang menggunakan protokol ini akan saya cari, saya tangkap, saya pancung, saya… eh.. apa hal jadi macam Pak Engku ‘Perangi Sihir’ pulak ni..

Ok. Ini termasuklah servis VPN dari laman FreeUploads (freeuploads.fr). Servisnya menggunakan kaedah OpenVPN dan untuk pelan percuma, anda akan diberikan dengan IP dari Perancis. Pada waktu dan ketika ini, saya sedang menggunakan VPN ini pada sistem operasi Linux, iaitu elementary OS Luna. Saya suka dengan servis ini kerana selain percuma, ia tidak mengehadkan jumlah bandwidth yang anda boleh gunakan (unlimited).

Berikut adalah paparan dari laman What Is My IP Address?, yang saya gunakan untuk memeriksa status alamat IP setelah sambungan internet berjaya dihubungkan kepada servis ini:

Kaedah menggunakannya pula tidaklah susah. Saya pernah menulis entri mengenai cara menggunakan OpenVPN pada Linux (khususnya Ubuntu serta derivatifnya), dan meskipun entri itu telah lama, tetapi ia masih lagi berfungsi seperti mana lazimnya.

Anda boleh ikuti kaedah menggunakan OpenVPN pada pautan ini : OpenVPN GUI Untuk Ubuntu : Kaedah Membuat Tetapan

Secara amnya, anda perlu mendaftar di FreeUploads dan muat turun fail yang diperlukan untuk tetapan OpenVPN.

Langkah seterusnya adalah sama seperti tutorial yang telah saya tuliskan. Setelah anda berjaya disambungkan/dihubungkan kepada servis ini, anda boleh semak alamat IP anda di Apakah IP Saya?.




Happy surfing!

Mobile Ads

Exit mobile version