Membuat Latar Belakang Animasi Pada Ubuntu/Linux Mint
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Membuat Latar Belakang Animasi Pada Ubuntu/Linux Mint

Membuat Latar Belakang Animasi Pada Ubuntu/Linux Mint

0
Mobile Ads

Berminat menjadikan video sebagai kertas dinding (wallpaper) pada desktop anda? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah menggunakan skrip dari noobsonubuntu (Kredit kepada beliau). Skrip ini boleh digunakan untuk sistem operasi Ubuntu 11.04/11.10, Linux Mint 11, Pinguy OS 11.04/11.10 dan Zorin OS 5.

Muat turun skrip pada pautan di bawah:

http://www.datafilehost.com/download-a7044d45.html (32bit)

http://www.datafilehost.com/download-329b595a.html (64bit)

1. Sebaik sahaja ia siap dimuat turun, sila klik kanan pada fail skrip tersebut dan berikan kebenaran padanya untuk menjalankan fungsinya sebagai program:

2. Kemudian klik dua kali pada skrip dan pilih ‘Run in Terminal’:

3. Setelah selesai pemasangan, klik kanan pada mana-mana ruang desktop dan pilih video-wallpaper-script:

4. Klik pada ‘Yes’ dan pilih sahaja mana-mana fail video yang anda ingini:

5. Fail video yang sesuai untuk digunakan sebagai wallpaper ada di Dreamscene.

Mr.Hac: Tolong jangan terpedaya dengan tetingkap pada paparan skrin yang telah Mr.Hac tunjukkan. Ia memang dalam bahasa melayu tetapi atas sebab telah diubah oleh Mr.Hac sendiri. Skrip asalnya tidak begitu. Hehe! Kalau nak tengok contoh pula boleh cari dalam Youtube dengan kata kunci ‘Animated Wallpaper on Ubuntu’.

Skrip ini menggunakan A-Desk untuk menjalankan video sebagai wallpaper. Sebagai alternatif anda boleh cuba gunakan anibg.

Mobile Ads

Exit mobile version