Linux Gaming Series : Lugaru HD
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Linux Gaming Series : Lugaru HD

Linux Gaming Series : Lugaru HD

0
Mobile Ads

Salam.

Dalam kes jika anda terlepas Linux Gaming Series pada entri yang lepas-lepas, sila lihat pada pautan-pautan di bawah:

1. Open Arena

2. Hedgewars

3. Angry Animals

4. Supertuxkart

Ya. Nampaknya ini adalah siri yang ke 5. Jadi apa itu Lugaru HD? Lu mau garu-garu ka? Ohh..bukan! Lugaru HD ialah permainan 3D bergenre aksi, dengan watak utamanya, Turner si arnab, yang mengamuk mahu membalas dendam dengan skil berlawannya yang awesome!

Beliau mahu mencari siapa yang bertanggungjawab atas pembunuhan rakyat jelata dalam kampungnya, dan kemudian menjumpai konspirasi pemimpin yang korup, dan anjing serigala yang lapar dari tempat persembunyiannya.

Sumber intro dipetik dari Wolfire.

Lugaru HD mempunyai tutorial di permulaan permainan, oleh itu anda tidak perlu risau bagaimana mahu membuat gerakan serangan kombo atau gerakan ringkas.

Lugaru HD boleh dipasang pada Ubuntu 11.10 melalui baris perintah di bawah:

echo “deb http://archive.getdeb.net/ubuntu oneiric-getdeb games” | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/playdeb.list

wget -q -O- http://archive.getdeb.net/getdeb-archive.key | sudo apt-key add –

sudo apt-get update

sudo apt-get install lugaru

Jika anda menggunakan Natty (Ubuntu 11.04), sila tukarkan baris perintah dari ‘oneiric-getdeb’ kepada ‘natty-getdeb’. Mudah sahaja.

Mobile Ads

Exit mobile version