Lindungi Pelayar Web Dengan Kata Laluan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Lindungi Pelayar Web Dengan Kata Laluan

Lindungi Pelayar Web Dengan Kata Laluan

0
Mobile Ads

Anda mungkin seorang geek yang tidak mahu sesiapa ‘mencerobohi’ privasi anda. Mungkin juga anda tidak mahu sesiapa melihat laman-laman web yang anda kunjungi oleh itu setiap kali anda ingin menutup pelayar web (web browser), anda padam kesemua History, Cookies dan Cache.

Namun bukankah lebih baik anda lindunginya dengan kata laluan (Password) supaya anda boleh berasa sedikit aman tanpa perlu hiraukan History?

Perlindungan Kata Laluan Untuk Google Chrome:

Anda boleh gunakan extension khas untuk melindungi pelayar Google Chrome iaitu Simple Startup Password. Cara menggunakannya pula amat mudah. Pasangkan terlebih dahulu extension tersebut,
Pergi kepada Settings > Tools > Extensions
Cari Simple Startup Password dan klik pada Options
Setkan kata laluan untuk pelayar web anda.

Perlindungan Kata Laluan Untuk Firefox:

Untuk Firefox, anda boleh gunakan Addon Profile Password.
Anda hanya perlu pasang Addon ini, restart Firefox dan setkan kata laluan melalui bahagian
Tools -> Add-ons

Mungkin ada cara untuk bypass extension dan Addon ini. Tetapi adalah lebih baik anda mempunyai langkah berjaga-jaga dari biarkan privasi anda lesap begitu sahaja.

Mobile Ads

Exit mobile version