Kumpulan Penggodam NSA Digodam Oleh The Shadow Brokers!
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Kumpulan Penggodam NSA Digodam Oleh The Shadow Brokers!

Kumpulan Penggodam NSA Digodam Oleh The Shadow Brokers!

0
Mobile Ads

Sekumpulan penggodam yang tidak diketahui identitinya (tiada maklumat tentang ini) mengatakan bahawa mereka telah dapat menggodam Equation Group, sebuah lagi kumpulan penggodam yang mempunyai kaitan rapat dengan organisasi risikan Amerika Syarikat NSA, dan juga telah melepaskan pelbagai alat godaman mereka ke dalam talian.

Kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai The Shadow Brokers ini juga telah membuat tuntutan sebanyak 1 juta Bitcoins sebagai bidaan untuk melepaskan, menurut mereka, senjata siber terbaik.

Dua hari sebelumnya, The Shadow Brokers melepaskan beberapa fail yang dikatakan datang dari Equation Group, di Github dan Tumblr (fail-fail ini telah dipadam).

Apa Yang Terkandung Dalam Fail Tersebut?

Merujuk kepada THN, fail-fail tersebut mengandungi skrip-skrip pemasangan, konfigurasi bagi pelayan perintah-dan-kawal (C&C), dan eksploitasi yang dipercayai direka untuk menyasarkan router dan firewall dari pengilang-pengilang Amerika termasuk Cisco, Juniper dan Fortinet. Sebuah syarikat China iaitu Topsec juga dikatakan sebagai salah satu sasaran Equation Group.

Nama ‘Shadow Brokers’ mungkin diilhamkan dari sebuah permainan sains fiksyen yang popular iaitu Mass Effect. Di dalam permainan tersebut, The Shadow Brokers adalah ketua kepada sebuah organisasi yang menjalankan bidaan terhadap sesuatu informasi berguna.

Menurut beberapa pakar dan pengkaji sekuriti dari beberapa buah syarikat ternama, fail-fail yang telah dibocorkan tampak seperti fail asli, yang sememangnya digunakan sebagai eksploitasi firewall.

Via The Daily Dot

 

Mobile Ads

Exit mobile version