Konsert COLDPLAY di Malaysia Dibatalkan, "Peminat" Salahkan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Konsert COLDPLAY di Malaysia Dibatalkan, “Peminat” Salahkan Kerajaan?

Konsert COLDPLAY di Malaysia Dibatalkan, “Peminat” Salahkan Kerajaan?

0
Mobile Ads

Pakai Helmet Sebelum Serbu

Konsert Jelajah COLDPLAY – Music of The Spheres: Live at River Plate yang dijadualkan di Malaysia telah dibatalkan. Menerusi satu pengumuman oleh GSC itu, pihak penganjur memberi jaminan semua pembeli tiket akan mendapat pulangan wang semula. Konsert virtual ini akan ditayangkan di pawagam untuk menghargai peminat COLDPLAY di Malaysia.

Seperti biasa, kipas susah mati terpaling menyokong telah menyalahkan kerajaan dan badan agama dalam keputusan pembatalan ini. Kononnya, konsert dibatalkan atas faktor agama dan sensitiviti umat Islam. Walhal, faktanya adalah konsert dibatalkan kerana jualan tiket yang terlalu rendah dan tidak mencapai kuota. Terpaling kipas susah mati tak beli tiket ke tu?

Tengoklah peminat BLACKPINK. Konsert mereka berjalan dengan jayanya. Konsert Jay Chou juga mendapat sambutan dan diteruskan walau pelbagai halangan cuba diberi oleh peminat bola sepak. Seingat saya lah, amat jarang kerajaan menyekat konsert di Malaysia. Kalau ada yang komen menentang pun, itu selepas konsert diadakan. Itu hak sesiapa sahaja untuk bersuara di sebuah negara demokrasi. Komen-komen mereka ini, tidak diambil kira kerajaan pun untuk membatalkan sebarang konsert.

Lain kali, tengok dulu Bocchi The Rock. Barulah faham sistem dan perjalanan konsert macam mana. Jualan tiket perlu mencapai kuota sebelum sesebuah kumpulan muzik boleh membuat persembahan.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version