Kesedaran Kepada Bahaya Shoulder Surfing
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Kesedaran Kepada Bahaya Shoulder Surfing

Kesedaran Kepada Bahaya Shoulder Surfing

0
Mobile Ads

Merujuk kepada Wikipedia, Shoulder Surfing ialah kaedah atau teknik melihat secara terus, seperti memerhati disebalik bahu seseorang untuk mendapatkan maklumat. Teknik ini lebih berkesan di tempat-tempat yang sesak (high-traffic areas) kerana pelaku akan lebih mudah memerhatikan mangsa yang sedang mengisi sesuatu borang, menekan nombor PIN di ATM, menaip kata laluan pada komputer dan sebagainya.

Ada juga sesetengah orang yang cuba melihat mangsanya menaip kata laluan dari jauh menggunakan binokular (teropong), dan ada juga yang menggunakan pelbagai ‘automated tools’ seperti kamera litar tertutup. Pada tahap yang ‘tertinggi’, ada pula yang mampu meneka kata laluan yang sedang ditaip dengan hanya mendengar pada bunyi papan kekunci.

Anda jangan terpedaya dengan seseorang yang memakai cermin mata di belakang anda, dan kemudian anda menganggap beliau adalah seorang yang rabun, jadi anda tidak perlu begitu risau akannya. Ada antara mereka yang hanya menggunakan cermin mata sebagai penyamaran supaya tidak begitu dipedulikan.

Dengan meningkatkanya teknologi dunia IT dari semasa ke semasa, teknik ini juga semakin berkembang dan meningkat maju lalu memudahkan pengamalnya untuk memperoleh maklumat dengan lebih efisien. Cuma yang dapat kita harapkan, kesedaran terhadap perkara ini meningkat bersama supaya jangan hanya kerana seseorang itu berjaya mendapatkan maklumat sensitif anda seperti kata laluan atau nombor PIN, seluruh hidup anda menjadi gundah kerana dalam banyak perkara, kata laluan adalah pemegang kepada ‘kunci’ pelbagai kerahsiaan dalam hidup anda. E-mel, akaun laman sosial, akaun bank, dan sebagainya dapat dibuka dengan kata laluan. Jadi ingat, sebelum menaip, pastikanlah anda melakukannya di tempat yang paling selamat. Dalam erti kata lain, jangan tak pandang belakang!

Mobile Ads

Exit mobile version