Kemaskini Config OpenVPN MyTunnel.me (25 Februari 2013)
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Kemaskini Config OpenVPN MyTunnel.me (25 Februari 2013)

Kemaskini Config OpenVPN MyTunnel.me (25 Februari 2013)

0
Mobile Ads

Tarikh 25hb kali ini bukan sahaja merupakan tarikh kegembiraan kakitangan kerajaan (kerana tarikh gaji..hahah..), tetapi juga buat para pengguna servis OpenVPN dari MyTunnel.me.

Ini adalah kerana fail tetapan konfigurasi (config) telah dikemaskini, dan ia sememangnya lebih kemas dan teratur berbanding versi terdahulu.

Antara pembaharuannya ialah:

1. Fail-fail config tidak lagi dibahagikan kepada port-port tertentu, sebaliknya kesemua port tersebut disekalikan dalam satu folder. Ini memudahkan pengguna untuk memilih port yang sesuai dengan firewall untuk tempat kerja/kediaman/ISP masing-masing.

2. Dari pelbagai port tersebut, ia juga dibahagikan kepada TCP dan UDP. Satu jalan penyelesaian yang baik buat mereka yang mengalami masalah high latency atau yang berkaitan dengannya (replay-window backtrack occurred error, etc), maka mereka boleh memilih sambungan TCP dari port-port yang disukai.

3. Antara port-port yang dibuka ialah 20, 21, 22, 52, 53, 55, 80, 123, 137, 443, 1194, 8080, 9200, dan juga 9201.

4. Daripada config-config yang terdapat dalam folder portnya yang masing-masing, ia dibahagikan pula kepada kategori khusus untuk pelayaran internet (Browsing), muat turun fail torrent (Torrent) dan juga permainan dalam talian (Gaming). Jadi, gunakanlah setiap config mengikut kategorinya.

5. Fail-fail config terdapat untuk Windows, Linux, Android, Mac, dan Iphone (Lebih tersusun berbanding dahulu).

Kesimpulannya, paparan antaramuka laman web MyTunnel.me kali ini lebih teratur, tersusun dan lebih mudah ‘dihadam’ oleh pengguna. Tahniah untuk saudara Fikri dan team MyTunnel.me kerana menambah baik sistem MyTunnel dari semasa ke semasa.

P/S: Dah layak ke jadi ‘partner’ MyTunnel.me bro Fikri? Heheheh..

Mobile Ads

Exit mobile version