Kaedah Melepasi Sekatan Websense
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Kaedah Melepasi Sekatan Websense

Kaedah Melepasi Sekatan Websense

0
Mobile Ads

Kebanyakan Syarikat atau Institusi Kerajaan menggunakan perisian penapisan laman web seperti Wensense untuk menyekat akses pengguna/pekerja daripada melawati laman-laman web tertentu ketika bekerja dengan tujuan untuk meningkatkan produktiviti.

Konsep Websense adalah mudah. Apabila seseorang pekerja membuat percubaan untuk melayari sesebuah laman web, satu permintaan akan dijana dan ia akan melepasi firewall. Websense ‘membaca’ permintaan tersebut dan akan memberikan ‘laluan’ kepada pemintanya atau menyekat bergantung kepada database yang ada pada Websense.

Di sini, disenaraikan beberapa kaedah yang telah ditulis untuk melepasi sekatan Websense. Ia adalah kaedah yang benar-benar berkesan dan bukan hanyak teori sahaja. jadi jika anda tidak menemukan sebarang kaedah yang anda tahu di sini, bermakna ia tidak tersenarai dalam kaedah yang benar-benar memberikan kesan.

Melepasi sekatan Websense dengan menggunakan Ultrasurf

Ultrasurf ialah sebuah perisian yang bersaiz kecil, yang mampu membantu pengguna untuk melayari laman web yang telah disekat oleh Websense. ia menggunakan kaedah Tunneling yang termaju dalam kategorinya.

Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai Ultrasurf, klik di sini —> Ultrasurf : Hide Your IP and Use anonymous Web Browsing

Untuk mengetahui soalan-soalan lazim mengenai Ultrasurf. klik di sini —> Soalan-Soalan Lazim Mengenai Ultrasurf

Melepasi sekatan Websense dengan menggunakan Circumventor

Circumventor ialah sebuah halaman (page) yang berasaskan web (web-base) yang ‘mengambil’ sebuah laman web yang disekat dan ‘membawanya’ melalui sebuah laman yang tidak disekat untuk membolehkan pengguna melihat laman web tersebut..

Untuk melayari laman Circumventor dan melanggani Circumventor yang terbaru,
sila klik di sini —> Peacefire

Melepasi sekatan Websense dengan menggunakan Toonel

Toonel.net telah ditulis sepenuhnya dengan menggunakan skrip/kod Java (sapa kata Java tak power tu?)
pada asalnya ia dicipta untuk menjimatkan penggunaan bandwidth bagi yang membayar untuknya (contohnya pengguna broadband, Streamix, P1 Wimax, dan lain-lain..).
Namun kaedah ia berfungsi telah menyebabkan ia menjadi perisian anti Blocking Software secara pasif..
Ia mengkompresi/memadatkan hampir kesemua lalu lintas (traffic) seperti HTTP, Email, FTP, dan data TCP/IP yang lain melalui satu ‘terowong’ (tunnel) dalam perisian Toonel.net. Ia mengurangkan sumber kuasa yang dipindahkan antara pelayan dan pelanggan (server and client) yang menjadikan kadar penggunaan bandwidth lebih menjimatkan..Data yang terenkrispsi melalui terowong Toonel.net ini telah menyebabkan kekeliruan pada server asal sehingga menyebabkan ia menyangka pengguna ingin membuka laman yang tidak berada dalam senarai Blocking Software.

Cuma setelah menggunakan Toonel, kelajuan internet akan menjadi berkurangan. namun setiap laman web yang telah disekat mampu dilayari dengan baik kecuali laman web video streaming seperti Youtube, Metacafe dan lain-lain.

Untuk mencuba Toonel, klik di sini —> Anti Office Blocking Software (Siri Pertama)

Melepasi sekatan Websense dengan menggunakan VPN

VPN adalah singkatan daripada perkataan Virtual Private Network..apa pula Virtual Private Network tu? ok..begini..ianya adalah rangkaian peribadi (private network) yang membolehkan pengguna berhubung dengan pengguna yang lain, atau remote sites menggunakan rangkaian awam (public network) iaitu internet..ia menggunakan sambungan ‘maya’ ke internet melalui rangkain peribadi syarikat yang menyediakannya terus kepada remote sites dan bukannya melalui sambungan fizikal..secara ringkas ia adalah rangkaian peribadi yang dibina dalam insfrastruktur rangkaian awam..

Untuk mengetahui senarai VPN PERCUMA yang boleh digunakan, klik di sini —> Free VPN Service : Senarai 10 Servis VPN Percuma

Setakat ini, senarai kaedah di atas ialah cara-cara melepasi sekatan Websense yang paling BERKESAN dan paling MUDAH. sekiranya ada lagi kaedah yang lebih baik, akan ada lagi entry terbaru yang bakal menyusul..sekian sahaja buat masa ini..
Salam hormat.

Mobile Ads

Exit mobile version