'Jatuh Cinta' Dengan Linux Kerana Terminal!
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel ‘Jatuh Cinta’ Dengan Linux Kerana Terminal!

‘Jatuh Cinta’ Dengan Linux Kerana Terminal!

0
Mobile Ads

Sebelum Mr.Hac memulakan entri ini, Mr.Hac ingin memohon ampun dan maaf dari para pembaca yang menghantar e-mel kepada Mr.Hac melalui ruangan ‘Hubungi Admin’ kerana bertanyakan masalah tentang perisian, komputer, tips, dan sebagainya. Buat masa ini Mr.Hac tidak dapat menjawab semua pertanyaan anda akibat kesibukan di pejabat, tambahan pula bulan Ramadhan ini agak sukar untuk meluangkan masa di depan netbook pada malam hari. Mr.Hac telah menerima lebih dari 100 e-mel terbaru (belum campur yang lama la maknanya) dan kebanyakannya masih belum berjawab lagi. Maaf semua.

Entri ini Mr.Hac tujukan kepada semua pembaca yang selalu bertanyakan kepada Mr.Hac,

“Mr.Hac, susah ke nak pakai Linux ni?”

atau

“Mr.Hac, betul ke semua benda yang kita nak buat dalam Linux perlu guna command?”

atau

“Mr.Hac, Linux ni support ke software Windows?”

OK.ok.. Biarlah Mr.Hac buat kesimpulan untuk semua soalan di atas. Untuk pengetahuan anda, itulah soalan yang sama, yang mula-mula Mr.Hac fikirkan ketika hendak mencuba distro Linux (Ubuntu) dahulu. Namun, atas dasar prinsip yang selalu Mr.Hac pegang, iaitu ‘Jangan dengar sangat cakap orang, cuba sendiri dulu’, Mr.Hac pun terus memasang sistem operasi Ubuntu, dan sejak dari hari itu terus menjadi pengguna yang setia sehingga sekarang (Ubuntu 11.04).

Jika anda mahu tahu, baris perintah di bawah ialah baris perintah yang pertama Mr.Hac fahamkan
dan hafal!

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-wine/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install wine


Nota: perintah ‘apt-get’ sudah boleh digantikan dengan ‘apt-fast’ yang lebih cepat dan efisien.
Rujuk Menggantikan apt-get dengan apt-fast untuk kepantasan
Wine pula sudah boleh dipasang dengan versi 1.3 (beta, pada masa entri ini ditulis)

Baris perintah di atas digunakan untuk memasang Wine (Windows Emulator), yang secara amnya digunakan untuk memasang perisian Windows pada sistem operasi Linux dan membantu ia untuk berfungsi (not just imitate, but provide compatibility).
Rujuk Wikipedia
Juga anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui dua lagi alternatif kepada Wine.

Oleh itu soalan adakah sistem operasi Linux menyokong perisian Windows, jawapannya adalah ya dan tidak. Kerana sememangnya boleh untuk memasang perisian Windows pada Linux, sememangnya ada yang dapat digunakan dengan cemerlang sekali, namun tidak semuanya berjaya digunakan. Ok?

Persoalan susah atau tidak, itu sebenarnya bergantung kepada individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ruang kerja atau desktop Linux. Jika anda adalah ‘fast learner’ tidak wujud soal susah sebab Mr.Hac sendiri bukan dari golongan yang sangat cekap dengan kaedah pembelajaran, tetapi Mr.Hac sudah mampu faham sedikit demi sedikit mengenai Linux.

Jika ada yang meragui kenyataan ini kerana selalu dimomokkan dengan Linux = Command Line, ini adalah sangat tidak benar. Ya, memang sistem operasi Linux banyak bermain dengan baris perintah yang ditaip pada TERMINAL (jika anda pengguna Windows, Terminal ibarat Command). Namun tidak semua perkara dilakukan melaluinya. Sebagai contoh Ubuntu mempunyai ‘Ubuntu Software Center’, yang membantu para pengguna mencari beribu-ribu jenis perisian percuma serta memasangnya dengan mudah dari situ. Akan tetapi, dalam banyak-banyak perkara yang menarik hari Mr.Hac, ialah penggunaan Terminal! Sebabnya Terminal adalah jauh lebih maju dan berkuasa berbanding dengan Command pada Windows. Pelbagai perkara dapat dilakukan dengan mudah dan cepat seperti memasang perisian, mengemaskini status Twitter, dan sebagainya!

Kerana itu jugalah Mr.Hac begitu menyukai Terminal, sehingga sukar untuk meninggalkan Ubuntu dan beralih ke WIndows 7 kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti IDM!
(sesiapa yang dah lama follow blog ni pasti tahu Mr.Hac ‘addict’ dengan IDM)

Jika anda terasa kurang yakin, kurang keberanian, atau kurang apa sahaja yang menyebabkan anda takut untuk mencuba Linux, Mr.Hac sarankan anda buang perasaan tersebut jauh-jauh, dan buat mereka yang mahu beralih kepada Linux (pengguna baru), disarankan untuk anda mencuba Ubuntu, disebabkan Ubuntu mudah untuk difahami, tidak rumit, dan amat user-friendly. Tidak perlu untuk menyahpasang (uninstall) sistem operasi Windows yang dah sedia ada, anda hanya perlu terus memasang Ubuntu dari dalam Windows lagi, dengan menggunakan Wubi (Ubuntu Windows Installer), dan ini bermakna anda boleh menyahpasang Ubuntu juga dari dalam Windows seperti perisian yang biasa lainnya!

Bagaimana? Teruja dengan saranan Mr.Hac?]
Cubalah sekarang dan berikan pendapat anda!

-> Ubuntu

-> Wubi

Mobile Ads

Exit mobile version