Internet Black Out 14 Ogos Bantahan Terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Internet Black Out 14 Ogos Bantahan Terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012

Internet Black Out 14 Ogos Bantahan Terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012

0
Mobile Ads


Bagi
yang tidak mengetahui akan pindaan tersebut, Seksyen 114A, berikut
merupakan penerangan ringkas yang disediakan pihak CIJ Malaysia:

Seksyen
114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan
komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah
walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi
yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau
laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat
pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau
komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan
yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam
kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan,
demokrasi dan hak asasi manusia.

Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web memaparkan pop-up
pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak,
untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus
halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.

Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.

Sebagai
contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di
internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda
tidak bersalah.

Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah
dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak
bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru
ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna
internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Jika
anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan
dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di
laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak
lain.

Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan
tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.
Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack,
anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri
terbabit.

Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter
atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap
bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.

Akta yang baru
dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada
mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam
kebebasan berinternet di negara kita.

Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.

Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.

Jika
anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah
bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut.
Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012!

Sumber

Mobile Ads

Exit mobile version