IDM Untuk Ubuntu : uGet
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel IDM Untuk Ubuntu : uGet

IDM Untuk Ubuntu : uGet [1.8.0]

0
Mobile Ads

Salam.

Setelah beberapa hari Ubuntu 12.04 dilepaskan, setelah beberapa hari bereksperimentasi dengan rilisan ini, puas sudah godek dan godam sehingga terpaksa pasang semula akibat godekan yang ekstrim. Terlupa pula satu dari alat yang Mr.Hac suka ialah pemuat turun (download manager). Dalam Ubuntu, ‘IDM‘ yang paling serasi dengan Mr.Hac buat masa ini ialah uGet.

Bagaimanakah rupa bentuk paparan antaramuka pengguna grafiknya? Sila lihat pada gambar di bawah:

Ringkas sahaja, tetapi ia seakan-akan menyamai Internet Download Manager (IDM) pada sistem operasi Windows. Selain itu, ciri tetapannya juga adalah ringkas, selain ia dapat memuat turun sesuatu fail dengan kaedah akselarasi atau pecutan sepertimana IDM, dan ini menjimatkan masa anda.

uGet tersedia dalam repository rasmi Ubuntu 12.04, jadi anda boleh pasangkan ia dengan mudah melalui baris perintah di bawah:

sudo apt-get install uget

Siap! Cuba sendiri dan berikan pendapat anda!

P/S : Anda boleh integrasikan uGet dengan Firefox dengan menggunakan FlashGot. Untuk Google Chrome, anda boleh gunakan ekstensi Downloaders. Cari sendiri la hoh!

Mobile Ads

Exit mobile version