Google Bakal Melancarkan Storan Awan Google Drive
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Google Bakal Melancarkan Storan Awan Google Drive

Google Bakal Melancarkan Storan Awan Google Drive

0
Mobile Ads

Google mengorak langkah ke hadapan lagi dengan membangunkan storan berkonsepkan awan yang diberi nama Google Drive. Storan awan yang boleh dilihat mempunyai pengguna yang ramai adalah seperti Dropbox, Box.com, Mediafire dan Minus.com serta tak lupa juga storan awan dari Ubuntu iaitu Ubuntu One.

Google nampaknya cuba menyaingi storan-storan awan ini apabila akan melancarkan Google Drive minggu hadapan. Ia memberikan ruang simpanan sebanyak 5GB untuk permulaan (lebih banyak dari yang diberikan oleh Dropbox) dan semestinya anda akan dapat membeli ruang simpanan tambahan/ekstra.

Servis ini katanya akan menyokong peranti iOS, Macs, Windows dan Android. Linux? Belum pasti lagi!
Servis ini juga bakal ditempatkan pada URL drive.google.com, cuma buat waktu ini tiada apa lagi yang ada pada laman/URL tersebut, cuma error 404.

Untuk membaca berita selanjutnya, sila rujuk pada pautan rujukan di bawah:

1. Forbes
2. TNW
3. PCWorld
4. ZDNet
5. PCMAG

Mobile Ads

Exit mobile version