Google Bakal Melancarkan MVNO Dengan Kod Nama 'Nova'
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Google Bakal Melancarkan MVNO Dengan Kod Nama ‘Nova’

Google Bakal Melancarkan MVNO Dengan Kod Nama ‘Nova’

0
Mobile Ads
Setelah Google Fiber menguasai kelajuan internet di beberapa buah negara, terbaru, Google dikatakan bakal melancarkan sebuah Mobile Virtual Network Operator (MVNO) sendiri, hasil dari gabungan 2 rangkaian iaitu Sprint dan T-Mobile.

Program ini telahpun diberi kod nama iaitu ‘Nova‘ atau ‘Project Nova’.

Untuk anda yang masih belum mengetahui apa itu MVNO, ia adalah pihak ke-3 yang ‘meminjam’ karier dari rangkaian sedia ada untuk menawarkan servis mereka sendiri. Untuk perumpamaan mudah, lihat saja TuneTalk, OneXOX, RedOne, dan beberapa lagi MVNO lain yang meminjam karier dari Celcom lalu memasarkannya dengan pelan tersendiri. Bahasa mudah faham, re-seller kepada karier telco lain dengan pelan baru.

Projek ini dikatakan bertujuan untuk membawa perubahan kepada telco-telco sedia ada untuk memperbaharui servis mereka. Ini termasuklah pelan dan juga harga yang ditawarkan oleh telco-telco tersebut. Google juga bakal menawarkan harga yang lebih rendah serta membangunkan aplikasi sendiri yang akan menyokong MVNO ini.

Sumber : Arstehnica

Mobile Ads

Exit mobile version