Firefox 12 Kini Dilepaskan!
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Firefox 12 Kini Dilepaskan!

Firefox 12 Kini Dilepaskan!

0
Mobile Ads

Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.

Di keheningan malam ini, Firefox dengan bangganya melepaskan versi yang ke 12 untuk dirilis kepada para pengguna. Setakat ini, apa yang Mr.Hac dapat lihat, ia masih belum mengadaptasi pembaharuan dari segi antaramuka pengguna yang terdapat pada Firefox UX. Jika anda lihat pada paparan di bawah, ia masih seperti versi sebelumnya (11).

Namun begitu, pelbagai pembaharuan dari segi penambahbaikan kod sumber dan pembaikan bugs serta ciri-ciri sekuriti adalah yang menjadi nadi utama dalam kemaskini kali ini. Antara yang pembaharuan yang dapat anda lihat adalah pada URL INI dan di sini. Selain itu terdapat 85 penambahbaikan yang dibuat khusus untuk Developer Tools. Tak lupa juga ia semakin terasa prestasinya, tambah lagi jika anda menggunakan pemproses dengan sokongan 64-bit. Fuhhh..

Anda boleh muat turun Firefox 12 di sini.

Untuk para pengguna Ubuntu, anda boleh tunggu sehingga pakej Firefox versi 12 ini selesai dimuat naik ke dalam repository rasmi dan anda boleh kemaskininya melalui Update Manager. Ini adalah kerana PPA rasmi bagi Firefox (Firefox Stable PPA) telah pun dimansuhkan untuk versi-versi terbaru. Apa yang boleh anda cuba ialah Firefox Security PPA seperti yang tertera di bawah:

  • sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-security/ppa
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get install firefox
Mobile Ads

Exit mobile version