Chrome Dan Firefox Mengeluarkan Extension Yang Merekod Data Pengguna Dari
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Chrome Dan Firefox Mengeluarkan Extension Yang Merekod Data Pengguna Dari Stor

Chrome Dan Firefox Mengeluarkan Extension Yang Merekod Data Pengguna Dari Stor

0
Mobile Ads

Chrome dan Firefox telah membuang satu extension/addon dari stor setelah menerima laporan yang mengatakan bahawa ia merekodkan sejarah pelayaran web pengguna.

Extension atau addon tersebut ialah Stylish.

Stylish selalu digunakan untuk mengubah bagaimana rupa atau paparan sesebuah laman sesawang. Sebagai contoh, anda boleh jadikan laman Facebook berpaparan gelap, berbanding putih dan ‘cerah’ seperti kebiasaannya.

Kajian terperinci oleh Robert Heaton, seorang jurutera perisian, menunjukkan bahawa Stylish menghantar rekod pelayaran web pengguna kepada sebuah syarikat analitik yang bernama SimilarWeb.

Apa yang menjadi isu ialah data yang dihantar bukan data yang dienkrip, sebaliknya setiap data tersebut boleh dihala kembali kepada satu-satu pengguna khusus.

Bagi setiap pengguna Stylish yang memasang ia pada Firefox, anda perlu nyahpasang secara manual, manakala jika anda menggunakan ia pada Chrome, ia akan terpadam secara automatik.

Jika anda masih berminat hendak menggunakan extension yang mempunyai fungsi serupa dengan Stylish, anda boleh pasang Stylus.

Stylus untuk Chrome: Stylus – Chrome Web Store

Stylus untuk Firefox: Stylus – Add-ons for Firefox

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version