Cara Pasang PulseEffects Pada Ubuntu Atau Linux Mint
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Linux Cara Pasang PulseEffects Pada Ubuntu Atau Linux Mint

Cara Pasang PulseEffects Pada Ubuntu Atau Linux Mint

1
Mobile Ads

Pada Windows terdapat pelbagai jenis perisian yang dapat meningkatkan kualiti audio. Ini semestinya teramat penting bagi golongan audiophiles yang menitik beratkan soal kesedapan bunyi.

Namun pada Linux tidak banyak perisiaan yang sama seakannya dapat digunakan. Kalau ada pun Pulse Audio Equalizer.

Itu yang sama fikirkan hinggalah saya bertemu dengan PulseEffects. Ianya masih menggunakan medium iaitu Pulse Audio yang sama, akan tetapi berbeza dengan Pulse Audio Equalizer, fungsi yang ada padanya adalah jauh lebih hebat lagi.

Lihat sahaja pada tangkap layar. Bahkan saya boleh katakan ia lebih hebat dari perisian seperti FXSound Enhancer (Windows) dan tahu apa perkara bonus atau ciri yang paling penting ada padanya?

PulseEffects ini adalah PERCUMA dan ia boleh dipasang pada mana-mana distro Linux yang disokong. Antara ciri-ciri yang ada pada PulseEffects ini ialah equalizer (semestinya!), Bass Enhancer, Auto Gain, Multiband Compressor, Loudness, dan pelbagai lagi ciri lain.

Serius, cirinya memang banyak. Kalau anda menggunakan Arch Linux, anda hanya perlu gunakan perintah ini untuk memasangkannya:

sudo pacman -S pulseeffects

Bagaimana pula caranya jika nak pasang pada Ubuntu/Linux Mint? Anda boleh gunakan Flatpak atau PPA. Saya lebih menggemari PPA:

Baris Perintah:
sudo add-apt-repository ppa:mikhailnov/pulseeffects -y
sudo apt update
sudo apt install pulseeffects pulseaudio --install-recommends

Jika anda lebih menggemari Flatpak pula, anda bolehlah gunakan perintah berikut:

Baris Perintah:
flatpak remote-add --if-not-exists flathub https://flathub.org/repo/flathub.flatpakrepo
flatpak install flathub com.github.wwmm.pulseeffects

Selepas itu, anda hanya perlu tunggu sehingga ia siap dimuat turun dan dipasang. Anda bolehlah bereksperimentasi dengan PulseEffects pada mana-mana aplikasi atau laman yang mengeluarkan audio bagi mencari talaan paling ‘sedap’ untuk halwa telinga anda.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version