Seperti biasa, IDM mengemaskini versi perisiannya kepada yang terbaru iaitu IDM 6.07 Build 7. Jika anda adalah pembaca tetap blog ini, anda pasti tahu Mr.Hac adalah peminat perisian IDM ini. Ok.. Sila lihat gambar di bawah untuk mengetahui fungsi terbaharunya.
Nota: IDM Mr.Hac berwarna biru kerana ia selari dengan tema perisian TuneUp Utilities
Dari laman web IDM:
What’s new in version 6.07 build 7?
(Released: Aug 01, 2011)
Enhanced “Speed Limiter”. Added the feature to set an individual limit for every download
Redesigned “Download progress” dialog, added new tabs and the possibility to disable tabs that are not necessary for you
Fixed bugs
IDM Mr.Hac yang sudah crack
Klik pada butang di bawah untuk muat turun:
Jadilah orang pertama yang mencubanya!
Kalau anda tidak tahu cara untuk crack IDM, sila rujuk entri Mr.Hac yang terdahulu di sini -> Cara Crack IDM
Salam ramadhan semua… Disebabkan janjang nak hilangkan ngantuk, janjang buat2 bz depan bos janjang. dan terhasil lah entri pendek ni. kalau ade yang rase entri ni tak betul boleh bgtau yer.
Ok la, sebelum mulakan entri untuk asas SQLi (SQL injection), ade baiknyer janjang mulakan dengan pengenalan apakah itu Google Dork. istilah ni selalu hacker guna bagi mencari target untuk SQLi. kalau nak diterangkan menggunakan bahasa janjang tak tau nak terangkan macam mane apekah google dork tu. mane2 janjang cari pon biasa nyer orang akan list dork jer. Cuma apa yang janjang paham ianya berfungsi untuk mendapatkan page unik untuk kita lakukan SQLi dan menyokong SQL. Jadi, bagi nak terangkan ape itu google dork, janjang terjumpe la gambar bergerak. mungkin boleh bagi gambaran kepada semua ape itu google dork.
dan byk lagi la.. kalau nak list semua jadi panjang sangat pulak, nanti tak jadi la entri pendek.
*kebanyakkan website yg lemah telah di hack menggunakan dork2 asas ni. maksudnyer susah la kita sebagai pemula nak main2 dengan dork ni. tapi masih ade lagi website, kalau bernasib baik korang akan jumpe untuk di hack.
boleh la cuba dork2 kat bawah ni untuk tgk ape yg google boleh bagi.
Windows 7 Service Pack 1 ISO Official Direct Download Links
Akhirnya setelah beberapa lama Windows 7 berada di arena persaingan industri sistem operasi, buat kesekian kalinya Mr.Hac dapat pautan kepada muat turun pemasang (installer) Windows 7 Service Pack 1 berformat ISO (Official Direct Download Links) dari sebuah blog sahabat iaitu Eins.my.
Windows 7 Service Pack 1 (SP1) adalah versi kemaskini terbaru dari Microsoft untuk para pengguna Windows 7. Ia membawa lebih banyak penambahbaikan dari segi fungsi dan bugs serta tampalan keselamatan baharu.
(Mr.Hac sengaja menayangkan pautan dengan tujuan optimasi SEO. Harap maklum.)
Jangan bimbang kerana seperti biasa, fail ISO Windows 7 kali ini juga dihoskan dalam pelayan berkelajuan tinggi. Oleh itu meskipun fail tersebut bersaiz besar, namun masa yang diperlukan untuk memuat turun adalah singkat (bergantung kepada kelajuan internet anda juga). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara merakam (burn) fail Windows berformat ISO ini ke dalam peranti USB anda, sila rujuk entri Mr.Hac yang terdahulu di sini -> Download Official Windows 7 ISO Direct Download Links
Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.
Pernahkah anda lihat persekitaran dekstop (Desktop Environment) seseorang yang begitu menarik perhatian anda? Hari ini Mr.Hac ingin berkongsi serba sedikit tentang cara Mr.Hac menghias persekitaran desktop (Windows 7/XP) yang Mr.Hac gunakan.
Terdapat dua cara untuk menghias persekitaran desktop sama ada anda mahu menggunakan perisian atau cara manual. Cara yang Mr.Hac gunakan adalah kedua-duanya tetapi Mr.Hac minimakan penggunaan RAM supaya prestasi PC tetap kekal terbaik apabila diperlukan.
Jika anda mahu gunakan perisian semata-mata, maka perisian yang boleh Mr.Hac cadangkan ialah Winstep Extreme (versi terbaru ialah 11.6). Namun jika anda mahu keseronokan mencari beberapa perisian yang dapat menyerupai persekitaran desktop Winstep Extreme, berikut Mr.Hac senaraikan beberapa perisian dan keperluan untuk menghias desktop anda:
Rainmeter – Platform untuk pengubahsuaian Desktop
RocketDock – Graphical User Interface (GUI) untuk pelancar aplikasi
7tsp – 7 Theme Source Patcher: Membantu anda mengubah tema Windows dengan mudah
Windows Start Button Changer – Pengubah butang ‘Start Menu’
Beberapa icon untuk melengkapkan hiasan dan beberapa ‘skin’ untuk mengubahsuai Rainmeter
Contoh tampilan persekitaran desktop Mr.Hac
Gambar di atas adalah contoh dari persekitaran desktop Mr.Hac sendiri (tak habis lagi tu, baru lepas format). Mr.Hac meminimakan penggunaan gadjet tetapi menambah beberapa ‘skin’ yang dapat menggantikan default gadjet dari Windows 7. Berikut adalah beberapa perkara yang diubah/ditambah oleh Mr.Hac:
1. Butang ‘Start Menu’
2. HD Wallpaper
3. Dock (Rocket Dock, kerana ia mudah digunakan dan diubahsuai)
4. Rainmeter skin (Apa yang dipasang adalah Arcs-8Core Clock, Kerrigan CPU, Kerrigan RAM)
5. Ikon di taskbar yang telah disusun/dipindah ke tengah
6. Tema (Theme)
7. Ikon pada Rocket Dock yang telah diubah
Apa lagi yang akan diubahsuai/ditambah? buat masa ini Mr.Hac akan mengubah icon pada taskbar kepada warna hitam supaya sepadan dengan tema (Dark Edition). Pada asalnya Mr.Hac memang telah memasang Windows 7 versi ‘Dark Edition’ tetapi Mr.Hac kurang berpuas hati dengannya. Jadi Mr.Hac mengambil keputusan untuk reinstall Windows 7 (Ultimate) dan ubahsuai sendiri tampilannya kepada ‘Dark Edition’ versi Mr.Hac. Selain dari RocketDock, anda juga boleh menggunakan ObjectDock sebagai tambahan (versi percuma disediakan)
Sekiranya anda mahu tutorial, anda boleh rujuk kepada setiap forum perisian yang Mr.hac gunakan.
Pautan untuk memuat turun perisian-perisian tersebut adalah seperti dibawah:
Assalamualaikum. Lama dah tak update. Sekali-sekala update, lenguh juga mata dengan jari ni
(Janjang..bila mau tulis entri? hehe..)
Ok lah.. Seperti tajuk yang tertera, setelah hampir 7 bulan blog ini berada dalam dunia internet, akhirnya My Hackers Are Here mempunyai Google Sitelinks sendiri, sebanyak 8 pautan. Berbaloi juga rasanya usaha apabila blog ini sudah hampir setaraf dengan blog-blog lain yang lebih lama, Alhamdulillah.
Penulisan Mr.Hac sememangnya agak radikal, dan boleh dikatakan blog Mr.Hac ini adalah antara ‘pioneer’ atau antara blog pertama yang memulakan genre seumpamanya (hacking tricks, tips and techniques) untuk kategori Bahasa Melayu. Kalau anda cari blog teknologi yang lain, sememangnya banyak dan hebat-hebat belaka (bertukar kepada mode segan..kih kih kih..). Syukur terhadap penerimaan terutamanya kepada pembaca tetap (walaupun silent reader), terima kasih kepada anda semua.
So, Apa itu Google Sitelinks? Menurut ishakhasimi.com, sitelinks adalah links-links dibawah nama blog atau web yang muncul di hasil carian Google,sitelinks ini sebenarnya untuk pengetahuan rakan-rakan blogger akan dihasilkan secara automatik,jika sebuah blog atau web memenuhi algoritma sitelinks yang dimiliki oleh google. Sitelinks diberikan kepada sebuah blog atau web agar pengguna lebih mudah menavigasi sebuah blog atau web.
Bagaimana nak mendapatkan Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website? Sebenarnya ramai blogger yang berpendapat Google Tidak Menjelaskan Bagaimana Kita Boleh Mendapatkan Sitelinks. Namun berikut merupakan terjemahan petikan dari blog agusale.com (Indonesia) mengenai kelebihan yang perlu ada pada sesuatu blog atau website bagi memiliki Google Sitelinks ;
1. Blog atau website yang mendapat kedudukan teratas bagi sesuatu carian Google.
2. Blog atau website mudah diakses oleh spider.
3. Blog atau website mengalami aliran traffic yang tinggi.
4. Mempunyai high natural search traffic.
5. Outbound links yang useful.
6. Inbound link dari site berkualiti tinggi (bertraffic tinggi).
7. Blog atau website yang berusia setahun atau lebih.
So, Apa pula kelebihan memiliki Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website? Sudah semestinya visitor lebih mudah untuk mencari blog atau website tersebut dari carian Google. Malah peratus carian oleh spider-spider Google akan lebih tinggi. Kalau korang perasan bukan semua Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website mempunyai jumlah bilangan link yang sama. Ia mengikut traffic sesuatu entri, ada yang 3 links, ada yang 6 links, ada juga 8 links seperti Blog Kapal Karam ni.
Tapi perlu diingat, Google Sitelink juga sama seperti seperti pagerank iaitu sentiasa di update oleh Google. Links pada Google Sitelink berkemungkinan akan bertambah, berkurang mahupun hilang jika blog yang dinilai itu tidak diupdate. Aku harapkan informasi ini berguna untuk semua.
Assalamualaikum semua.. Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di serata dunia (tak tahu la pulak kalau ada yang tak perasan bulan puasa dah nak dekat ni!).
Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan ialah bulan suci yang telah dipilih oleh Allah untuk melimpahkan kepada semua hambaNya dengan rahmat dan kasih sayang. Tak lupa juga dibuka pintu-pintu Syurga, ditutupi pintu-pintu Neraka, dan dilebarkan pintu kemaafan dari Yang Maha Esa.
Terasa hiba bila Ramadhan kini menjelang, bukan kerana teringatkan kampung halaman yang belum dijengah, bukan kerana teringatkan sanak-saudara yang masih ada mahupun yang telah pergi, tetapi menginsafi diri, rohani jasmani, adakah ini Ramadhanku yang terakhir? Andainya YA, disusun 10 jari memohon ampun maaf dari anda semua, semoga kita bertemu lagi di Ramadhan tahun depan jika diizinkan Tuhan, insyaAllah.
Dengan 30 juzuk dari kalamullah Al-Kitab sebagai pemimpin hati, semoga diri ini menjadi insan kamil, yang memberi manfaat kepada anak watan, agama dan tanah air. Perjuangan menulis di sini akan diteruskan, selagi ada pembacanya biarpun seorang. Bulan keberkatan bulan keampunan buat semua, moga-moga kita tergolong dalam kalangan ‘kumpulan yang sedikit’. Kerana yang menerima keampunan, redha, dan SYURGA dari Allah tidak ramai jumlahnya, sangat sedikit. Andai kita dalam golongan yang ‘sedikit’ itu, maka kita beroleh keberuntungan di akhirat kelak.
Salam Ramadhan. Penuhi Ramadhan dengan amal ibadat, jumpa lagi pada entri seterusnya.
Salam semua. Kali ini Mr.Hac akan membincangkan serba sedikit panduan kepada para pemula (newbie) yang berminat dalam bidang hacking. Perlulah diketahui bahawa sebelum membaca atau mempelajari apa-apa tips, teknik ataupun trik, anda perlu tahu ada satu istilah yang disebut sebagai ‘Hackers Mindset’. Anda boleh merujuk di sini untuk membaca serba sedikit mengenainya.
Kepada mereka yang ingin memulakan langkah untuk mempelajari ‘seni’ hacking, berikut Mr.Hac senaraikan beberapa panduan untuk anda.
Jangan sesekali percaya kepada laman web yang mengenakan bayaran untuk perisian yang kononnya dapat menggodam atau sesiapa sahaja yang mendakwa akan membantu anda menggodam mana-mana e-mel yang anda mahu asalkan mereka dibayar. Anda berkemungkinan besar ditipu.
Setakat ini TIADA perisian yang dapat menggodam e-mel apatah lagi akaun FACEBOOK secara terus (direct) walaupun Chinaman Facebook Hacker mendakwa perisian/tools dari mereka boleh melakukannya, integriti perisian tersebut boleh diragui kerana Admin blog Chinaman Facebook Hacker memuat naik perisiannya ke dalam akaun Sharecash. Jika beliau takut perisian itu akan diedarkan secara tidak sah (leech) di akaun perkongsian fail yang lain, beliau sepatutnya mengenakan bayaran dan memberikan pautan muat turun hanya selepas bayaran dibuat. Tetapi dengan memuat naik ia ke Sharecash, biarpun terdapat ‘survey’ yang perlu dibuat sebelum dihalakan ke halaman pautan muat turun, ia dapat di-bypass dengan beberapa cara dan akhirnya perisian itu tetap dapat dimuat turun dan diedarkan secara tidak sah. Kemungkinan ia telah digabungkan bersama dengan trojan/keylogger adalah tinggi!
Sebaik-baiknya jangan gunakan perisian public/home keylogger yang diberikan secara percuma di mana-mana blog atau laman web. Kebiasaannya mereka yang mengedarkan perisian itu berniat jahat dengan menggabungkan (compile) perisian keylogger yang anda muat turun dengan perisian keylogger yang lain. Bahaya menanti anda.
Seboleh-bolehnya carilah masa untuk mempelajari pengaturcaraan (programming). Anda perlu ingat, sebuah perisian yang bagus tercipta oleh seorang pengaturcara yang hebat. Tetapi seorang pengaturcara yang hebat, tidak terhasil dari perisian yang bagus itu! Jika anda tidak mahu mempelajari pengaturcaraan, maka kebolehan anda akan terhad kepada kebolehan perisian yang anda gunakan.
Bersabarlah kerana ilmu itu tidak datang sekaligus dan anda boleh terus menjadi pandai. Tidak. Anda perlu berusaha mempelajari dan memahami setiap ilmu mengenai komputer dari asas sehingga lanjutan secara perlahan-lahan. Bak kata pepatah dalam filem Nur Kasih The Movie, “Empayar Rom tidak terbina dalam masa sehari!”.. Ahaha! ^^
Fahamilah, penggodam itu bukanlah mereka rajin menggodam Facebook atau laman web, tetapi penggodam itu adalah mereka yang sangat mahir dalam ilmu komputer baik pengaturcaraan mahupun sekuriti (keselamatan). Sampai kita berjumpa lagi dalam entri seterusnya, InsyaAllah.
Google telah menambah satu lagi fungsi menarik iaitu Multiple Sign-in untuk akaun Gmail. Secara teorinya, dahulu anda perlu log keluar dari akaun utama jika anda mahu menggunakan akaun Gmail yang lain. Namun sekarang, Google telah menambah Multiple Sign-in supaya anda tidak perlu berbuat begitu lagi dan dapat menggunakan dua akaun Gmail secara serentak. Rujuk -> Gmail Blog
Apa itu Steganography? Steganography mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Untuk senang faham, ia adalah satu seni dalam menyampaikan mesej yang tersembunyi. Perkataan Steganography berasal dari perkataan Greek iaitu ‘steganos’ dan ‘graphein’, yang bermaksud ‘diselubungi’ dan ‘tulisan’. Oleh itu, Steganography ialah ‘tulisan yang disembunyikan’. Ia termasuk dalam pelbagai kaedah komunikasi rahsia yang luas dengan menyembunyikan kewujudan mesej. Ia merujuk kepada sains komunikasi yang tidak dapat dilihat.
Untuk tutorial kali ini, Mr.Hac akan mengajar anda bagaimana cara untuk melakukan atau membuat Steganography secara MANUAL. Walaupun terdapat banyak perisian dan laman web yang menyediakan khidmat untuk membuat Steganography, adalah lebih baik Mr.Hac memberi sedikit tunjuk ajar cara manual supaya anda lebih faham proses kerjanya.
Cara Membuat Steganography Pada Gambar:
Benda yang kita perlukan untuk tutorial ini ialah sebuah gambar (apa-apa saiz, dimensi)
dan perisian WinRAR.
Gambar dalam tutorial ini Mr.Hac namakan sebagai IDM.jpg (sekadar contoh)
1. Buat satu folder baru. Namakan ia sebagai ‘Cuba’.
2. Salin gambar (dalam kes ini IDM.jpg) ke dalam folder ‘Cuba’.
3. Buat satu lagi folder baru dalam folder ‘Cuba’ itu tadi dan namakan ia sebagai ‘IDM’.
4. Salin gambar tadi ke dalam folder ‘IDM’. Klik kanan pada folder tersebut
dan pilih ‘Add to archive…‘ atau Add to “IDM.rar”
5. Salin kod berikut dan namakan ia sebagai Mr.Hac.cmd (sekali-sekala nak glamer gak!)
@echo off
copy /b IDM.jpg+IDM.rar Mr.Hac.jpg
echo complete
pause
end
6. Sila fahamkan dalam kod itu tadi bahawa IDM.jpg ialah nama fail yang asal, IDM.rar ialah fail yang mahu disembunyikan dan Mr.Hac.jpg ialah nama fail baru (output) yang mengandungi kedua-dua fail asal dan yang disembunyikan.
7. Akhir sekali klik pada Mr.Hac.cmd, dan satu fail baru iaitu Mr.Hac.jpg akan terhasil.
8. Anda boleh membuka kembali fail Mr.Hac.jpg dengan menggunakan WinRAR dan anda akan dapat lihat fail asal yang berada dalam folder IDM.
9. Atau anda boleh menamakan semula fail Mr.Hac.jpg (Rename), dengan menamakan semula extension-nya kepada Mr.Hac.rar dan anda boleh extrak fail tersebut dengan menggunakan WinRAR.
10. Selesai tutorial kita hari ini!
Ini adalah salah satu contoh Steganography mudah (boleh ubahsuai ikut selera). Anda boleh Google sendiri perisian percuma untuk melakukannya, atau perkhidmatan dalam talian (online) yang menawarkannya.
Hacking Firefox ialah sebuah e-book yang mengajar pengguna pelayar web Firefox untuk mengubahsuai tampilan, prestasi, fungsi, dan konfigurasi. Selain itu ada juga diajarkan untuk and mencipta sendiri extension (Addon) yang anda mahukan. Lebih dari 400 mukasurat untuk anda baca dan fahamkan.