Bagaimana Cara Kerja Secure Socket Layer?
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Bagaimana Cara Kerja Secure Socket Layer?

Bagaimana Cara Kerja Secure Socket Layer?

0
Mobile Ads

Orait orait orait..kita sambung sikit lagi hari ni mengenai Secure Socket Layer atau SSL. Kenapa perlu kita ambil tahu? Kerana SSL ini sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam mengimplimentasikan keselamatan pada laman-laman yang memerlukan enkripsi seperti e-mel atau laman perbankan.

Seperti yang kita tahu, kita akan dapat lihat laman yang menggunakan SSL melalui protokol sambungannya, iaitu sama ada HTTP atau HTTPS. HTTPS ialah protokol sambungan yang dilaksanakan melalui SSL. Sesebuah laman web boleh mengimplimentasikan HTTPS dengan membeli dan melanggan SSL Certificate. SSL akan melindungi sesebuah laman web dan kita boleh mempercayai keselamatan laman yang menggunakannya.

Enkripsi dijalankan dengan menggunakan Public Key dan Private Key (Secret Key). Public Key digunakan untuk melakukan enkripsi terhadap maklumat-maklumat yang bergerak melaluinya dan Private Key pula digunakan untuk melakukan dekripsi. Sebagai contoh, apabila pelayar web berhubung dengan secure domain seperti mail.google.com, pelayan akan menghantar Public Key kepada pelayar web untuk menjalankan enkripsi.

Public Key ini akan dihantar kepada semua pengguna secure domain tersebut manakala Private Key pula hanya untuk pelayan (Server) domain itu. Oleh itu semasa komunikasi antara pelayar web dan pelayan berjalan, Public Key akan membuat enkripsi dan maklumat akan dihantar terus kepada pelayan, dan maklumat itu pula akan didekripsi oleh Private Key yang terdapat pada pelayan tersebut.

Jadi, untuk memastikan anda SELAMAT dari unsur jenayah siber, sila pastikan laman-laman penting seperti e-mel, Paypal, laman sosial seperti Facebook, mempunyai permulaan HTTPS pada halaman log masuknya, atau anda boleh mengetahuinya dengan mengklik pada pangkal URL seperti contoh paparan skrin di bawah:

Anda akan dapat lihat lambang kunci mangga dan tertulis di situ “Your connection to this web site is encrypted to prevent eavesdropping.“.

Mobile Ads

Exit mobile version