Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Malware?
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Malware?

Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Malware?

11
Mobile Ads

Apa itu malware? definisi malware? entri ini akan mengupas lebih lanjut berkenaan dengan terma yang selalu digunakan pada masa kini..

Malware

Malware telah menjadi masalah semua orang yang menggunakan komputer bagi sepanjang zaman..Malware adalah kata singkatan dari Malicious Software (perisian yang berbahaya).
Sebuah Malware pada dasarnya adalah sebuah program yang direka khas untuk menjangkiti sebuah sistem komputer tanpa pemiliknya diberitahu terlebih dahulu.

Jenis Malware

Malware ada dalam berbagai bentuk. Jenis disebutkan di bawah ini adalah beberapa jenis malware yang paling umum.

1. Trojan Horse – Virus Trojan atau Trojan Horse adalah salah satu jenis yang paling umum dari malware. Trojan banyak digunakan untuk mengendalikan komputer mangsa, berbanding dengan menjangkiti atau merosakkan fail-fail di komputernya. Sebuah Trojan horse, sekali dipasang ke dalam komputer mangsa akan dapat memberikan penggodam akses penuh ke komputer anda. Trojan adalah salah satu bentuk yang paling berbahaya dari malware.

2. Virus Komputer – Virus komputer adalah program berbahaya yang sebahagian besarnya dikembangkan untuk menjangkiti komputer, setelah menginfeksi komputer itu ia akan membuat ulangan atau menyalinkan dirinya sendiri. Virus adalah seperti parasit dan memerlukan perumah (host) lain untuk melampirkan dirinya bagi menjangkiti komputer.

3. Worms – Worms atau cecacing adalah hampir serupa dengan virus komputer cuma satu-satunya perbezaan jika hendak dibandingkan dengan virus komputer ialah ia tidak memerlukan perumah lain untuk melampirkan dirinya bagi menjangkiti komputer. Sekali worm menginfeksi komputer itu ia akan melakukan ulangan dan menyalin dirinya itu sendiri. Cecacing komputer adalah ancaman utama untuk rangkaian besar.

4. Keylogger – Sebuah Keylogger merupakan sebuah peranti keras atau perisian yang memantau setiap keystroke (keyboard stroke), screen shot, chatting dan lain-lain yang ditaip di komputer. Sebuah program keylogger tidak memerlukan akses fizikal ke komputer pengguna. Setiap orang dengan pengetahuan dasar/asas tentang komputer boleh menggunakan keylogger.

5. RAT – RAT adalah kependekan daripada “Remote Administration Tool” dan memang salah satu jenis yang paling berbahaya dari malware. Ia sangat serupa dengan Trojan. Setelah RAT dipasang pada komputer, penyerang dapat melakukan hampir apapun pada komputer remote seperti memasang keylogger, mematikan komputer, menginfeksi file dan lain-lain.

6. Adware – Adware adalah kata singkatan dari Advertisement-supported software (perisian sokongan iklan). Adware umumnya direka untuk memaparkan iklan pada komputer anda. Namun beberapa adware ini mungkin mengandungi virus berbahaya dan program pengintip (Spy software @ spyware) yang boleh membawa sistem komputer anda kepada kemusnahan.

Jadi ini adalah dari jenis yang paling umum untuk malware. Diharap anda semua akan mengambil inisiatif untuk berjaga-jaga terhadap serangan malware dengan menggunakan Antivirus yang paling terbaru. MY HACKERS ARE HERE merekomenkan ESET SMART SECURITY 4 atau ESET ANTIVIRUS 4 untuk perlindungan yang maksimum.

Sila ke sini—> Eset Smart Security 4.2.71.2 Including Username and Password Finder

Mobile Ads
11 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

mr.hack, thank for ur information, kdg2 aku rasa ingin tahu sebab browser aku kdg2 autocrash, aku guna chrome .. 🙂 …

@ Inspirationalefeks autocrash?
wah..itu sudah dasat!
hehehe..
pakai la antivirus yang bagus sikit..
teruk dah tu sampai tahap autocrash..
kadang2 kena tengok gak..
kdang2 bukan sebab malware pun..
mungkin sebab ko bukak banyak sangat tab, atau mungkin juga ko bukak banyak sangat program kat PC..
tu pun antara sebab chrome bleh jadi crash..RAM dah semakin banyak digunakan..

terbaek bro, aku paling takut ngan trojan.. naseb bek aku pakai antivirus 🙂

Awek Aku ??

@ Henry Zackery thanks bro..no hal..pakai la antivirus yang terbaik..kebanyakannya memang ok, tapi sangat menjejaskan prestasi komputer..itu pun dah kira tak bagus juga..

jangan takut dengan trojan..kena faham cara kerjanya..baru la tak takut, okeh..

WAH INFONYA MENARIK BANGET,,SAYA SUKA

@ Movies and Music makasih ya gan..mampir lagi ya!

Terima kasih untuk penerangan yang berguna ni.. Aku pun masih ragu-ragu bila member tanya laptop dia kena malware apa.. Haha, lepas ni boleh tengok balik la kat sini..

Ayat last tu, yang merekomen tu.. Aku pun nak rekomen jugak… Gunakan LINUX… huhuh..

@ Ahmad Fikrizaman aku pun setuju..cuma kat sini kena ingat, bukan semua mahir komputer..
jadi biar la aku bagi tau segala yang berkaitan dengan XP..

nice entry bro.. Aku tak taw kewujudan RAT tuh.. huhu

RAT tuh la yang selalu kami..eh..hackers gunakan untuk hack..

wpDiscuz
Exit mobile version