Salam..entry ini Hac tujukan untuk mereka yang selalu perlahan internetnya, hasil dari perkongsian rangkaian contohnya di kolej, di tempat kerja, ataupun di rumah..
Apa-apa pun Hac nak buat penafian dulu ya, Hac tidak akan bertanggungjawab terhadap segala masalah anda nanti..ini kerana Hac tidak bersetuju sangat dengan perbuatan ni dan tidak menyokongnya..tetapi gunakanlah ia untuk tujuan pembelajaran..
1. Muat turun terlebih dahulu perisian NetCut di sini —> NetCut
2. Ekstrakkannya dan pasang seperti biasa.
3. Buka perisian NetCut dan anda akan dapat lihat rangkaian PC dalam talian.
4. Pilih sahaja mana-mana PC yang ingin anda ‘matikan’ sambungan internetnya dan klik pada ‘Cut Off’..
5. Selesai..sekarang anda sudah dapat melayari internet dengan pantas kerana setiap bandwith disalurkan kepada PC anda..
Ia bertindak berdasarkan kepada ARP Spoofing..ia amat digemari oleh mereka yang suka kepada WiFi percuma (yang kena hack tu tak kira lagi tu)..
Boleh di atasi dengan perisian Anti NetCut (Google sendiri)..