UltraReach Internet Corp, sebuah badan bebas yang telah mencipta perisian anti-censorship (anti-penapisan laman web), Ultrasurf, kini telah mengeluarkan sebuah produk baru yang berlainan konsep iaitu UltraVPN.
Ultrasurf ialah sebuah perisian berasaskan pelayan proksi (proxy server) yang bertujuan untuk ‘melawan’ tindakan kerajaan negara China yang telah menyekat laman-laman web daripada diakses penduduk negaranya, hinggakan laman Google juga disekat dari diakses! Kerana negara China terkenal dengan The Great Firewall of China, kini UltraReach kembali dengan perisian terbarunya UltraVPN, sebuah perisian berasaskan Virtual Private Network (VPN). Sehingga kini tidak diketahui protokol VPN mana yang digunakan, akan tetapi ada beberapa pengguna yang telah mengulas mengenai perisian ini dengan mengatakan ‘kejayaan’ mereka dapat mengakses penuh ke laman-laman web yang telah disekat oleh syarikat penyedia servis internet (ISP).
Tambahan pula, mereka dapat menggunakan servis P2P dengan kelajuan bandwidth yang memuaskan. Ini bererti biarpun UltraVPN ini baru memasuki versi pertama (1.0), ia sudah mula menunjukkan belangnya. Mr.Hac masih lagi dalam proses mengkaji ‘tingkah laku’ perisian ini untuk mengetahui kaedah atau protokol VPN mana yang digunakan dan bagaimana pula perisian sekecil ini mampu mewujudkan sambungan terenkripsi dalam bentuk VPN (aneh).
Mr.Hac telah mencubanya pada sistem operasi Linux Mint dengan bantuan Wine, namun ia gagal untuk dilancarkan (execute). Mr.Hac juga telah mencuba perisian ini pada Windows XP dengan suasana rangkaian ditapis dengan Websense.. dan.. Ahhh.. Nampaknya ia gagal untuk membuat sambungan kepada pelayannya. Websense win this time. Bagaimanapun, jika anda setakat disekat oleh Streamix dari melayari laman-laman web tertentu, anda boleh mencubanya dan berikan ulasan anda di sini. Jika anda berjaya dan IP anda telah ditukarkan, ini bermakna perisian tersebut mampu melakukan sambungan VPN dalam suasana rangkaian dengan tapisan sederhana.
Klik untuk muat turun -> UltraVPN