Rilisan terbaru dari sistem operasi untuk para peminat penetration testing iaitu BackTrack telah pun melepaskan versi terbaru kepada para penggunanya iaitu BackTrack 5 R2.
Untuk pilihan GNOME, 32-bit, ianya bersaiz dalam lingkungan 2.52GB, sedia untuk dimuat turun sama ada melalui pautan terus atau Torrent.
Dalam versi ini, selain penambahbaikan bugs, ia juga turut memuatkan tools tambahan yang baru sebanyak 42 tools dan menggunakan kernel 3.2.6 yang telah diubahsuai.
Antara tools baru yang telah ditambah ialah:
arduino bluelog bt-audit dirb dnschef dpscan easy-creds extundelete
findmyhash golismero goofile hashcat-gui hash-identifier hexorbase horst hotpatch
joomscan killerbee libhijack magictree nipper-ng patator pipal pyrit
reaver rebind rec-studio redfang se-toolkit sqlsus sslyze sucrack
thc-ssl-dos tlssled uniscan vega watobo wce wol-e xspy
Jika anda menggunakan BackTrack versi sebelumnya dan ingin menaik taraf tanpa melakukan pemasangan semula, sila gunakan repository berikut:
echo “deb http://updates.repository.backtrack-linux.org revolution main microverse non-free testing” >> /etc/apt/sources.list
apt-get update
apt-get dist-upgrade
Perlulah diingatkan kembali kepada para pemula diluar sana, bahawa BackTrack ialah sebuah sistem operasi Linux yang sangat lengkap. Ia bukan HANYA digunakan untuk menggodam WiFi seperti mana yang selalu diuar-uarkan di dalam blog lain. Ia adalah untuk kegunaan para profesional, yang mana skop kerjanya adalah untuk melakukan ujian penembusan dan lain-lain forensik siber.
SUMBER : BackTrack Blog