Adakah anda sudah selesaikan pembacaan anda pada artikel mengenai panduan membeli tablet bajet yang lalu? Jika belum, silakan, kerana hari ini saya ingin menulis sedikit berkenaan dengan salah satu dari tablet bajet yang sedang ‘menakluki’ booth-booth telefon bimbit serta kedai-kedai IT di serata negara, iaitu tablet-tanpa-jenama, yang ada hanyalah nama, itupun terlalu umum iaitu ‘Android’. Lol..
Saya terpanggil untuk menulis mengenainya kerana selain saya sendiri sudah memilikinya, saya lihat sangat kurang blog-blog (berbahasa Melayu) yang mereviu tablet ini meskipun dalam laman Youtube terdapat begitu banyak video review yang dirakam. Tablet ‘bernama’ Android ini adalah antara yang paling murah di pasaran pada waktu artikel ini ditulis. Satu unit secara umum berharga dalam lingkungan RM199 sehingga RM350 mengikut ‘pakej’ yang ditawarkan. Pandai anda mencari booth yang menjual ia dengan harga yang murah, maka selamatlah duit belanja anda pada hari itu. Ada la duit lebih sikit dari baki bajet tu! Haha..
Sedikit gambar yang diambil untuk tatapan bersama:
Untuk pengetahuan anda, adalah tidak pasti dari mana ‘origin’ atau asal tablet ini kerana terdapat banyak jenama dengan rupa yang sama di luar sana, contohnya IPRO, Smart Tab, Nautica 1, Kimo Q8, dan mungkin terdapat beberapa lagi nama yang saya sendiri sudah lupa. Namun apa yang pasti, kesemuanya berasal dari satu tablet tanpa jenama, yang kemudiannya dijenamakan serta dikomersialkan oleh syarikat-syarikat yang berminat dengannya. IPRO ialah salah satu jenama contoh (syarikat dari Malaysia) yang telah mendapat faedah dari penjenamaan semula ini dengan model IPRO i3S.
Allwinner ialah sebuah syarikat pengeluar SoC dari China. Pada bulan April 2012 yang lalu, Allwinner telah merilis pemproses A13 Cortex A8, versi ‘strip down’ dari A10, dengan target pasaran tablet.
Paparan app drawer:
Quadrant Benchmark:
Baiklah, terus kepada tablet ini, secara umumnya jika anda mahukan sebuah tablet yang murah, digunakan untuk permainan berprestasi tinggi, maka tablet ini bukan untuk anda. Ini adalah kerana pemproses Allwinner A13 ini bukan selayaknya digunakan untuk itu. Antara permainan yang pernah saya uji pada tablet ini ialah:
1. Dead Trigger
2. Gears & Guts
3. Shadowgun
5. Nova 3
6. Dead Space
7. Angry Birds Star Wars
8. Bad Piggies HD
9. Beach Buggy Blitz
10. Death Dome
11. Expendable Rearm
12. Juggernaut : Revenge of Sovering
13. Paper Monsters
14. Samurai II : Vengeance
15. 3D Rollercoaster Rush New York
16. Predators
17. Turbofly 3D
18. Where’s My Perry?
19. Where’s My Water?
20. Blood & Glory : Legend
Eh, senang cerita banyak lagi la! Kalau nak disenaraikan semua saya anggarkan lebih dari 30 buah permainan. Selaku pengguna akhir, saya tidak dapat pastikan semua orang akan berpuas hati dengan prestasinya. Tetapi saya sendiri suka dengan apa yang ditawarkan pada tablet bajet ini.
Apa yang menarik, saya telah cuba root ia pada hari pertama saya bawa ia pulang ke rumah dan hasilnya, ia telah pun di-root sejak dari mula lagi. Jadi saya tidak perlu memikirkan tentang waranti, kerana seperti yang anda tahu, mengubah tetapan dari kilang seperti root ini akan menjejaskan (void) waranti peranti.
Selain itu, kernel yang telah dipasangkan menyokong overclocking sehingga 1.2GHz (kelajuan asal ialah 1GHz).
Untuk memudahkan cara, saya senaraikan beberapa pro dan kontra yang sempat saya fikirkan. Senang cerita kita tiba di bahagian kesimpulan, ringkas dan menyenangkan akal fikiran anda.
Pro:
1. Sangat murah, skrin besar bersaiz 7 inci, boleh memainkan format video definisi tinggi (HD) sehingga 1080p dan mungkin juga 2160p (belum habis uji lagi ni), menyokong pelbagai permainan berdefinisi tinggi, menyokong fungsi USB On-The-GO (OTG) sesuai digunakan oleh anda sendiri atau diberi sebagai hadiah. Pendek kata, kalau anda mahu tablet yang boleh menghiburkan anda dengan permainan-permainan seperti yang telah saya senaraikan di atas, sila dapatkan ia. Kalau bosan semasa kursus, boleh juga hilangkan kebosanan, kan?
Kon:
2. Tidak sesuai untuk permainan yang memerlukan pemproses berprestasi tinggi, kadangkala tidak beberapa responsif, tidak terdapat fungsi sokongan selepas pembelian seperti forum-forum atas talian, dan ini bererti agak sukar mendapatkan custom ROM atau custom kernel untuknya (untuk power user). Kalau ada sekalipun, risiko untuk anda bricking tablet anda adalah sangat tinggi, tambah lagi untuk model dengan ‘nama umum’ seperti ini, kerana custom ROM yang dibuat biasanya juga ‘umum’. Contohnya custom ROM tersebut dibuat untuk peranti yang menggunakan pemproses Allwinner.
Tips dari saya, sebaiknya kalau anda mahu membeli tablet dengan reka bentuk ini, sila periksa terlebih dahulu baterinya. Bukan apa, kadang-kadang pekedai tidak mahu membuka bahagian casing belakangnya itu, kerana bateri yang disediakan bersaiz kecil. Jika mereka enggan menunjuk, maka lebih baik anda beralih ke booth/kedai yang lain. Jangan lupa juga untuk uji model demo sepuasnya sebelum membeli.
Mr.Hac @ Dr.Freddy : Lepas ni nak tunggu model lain masuk Malaysia pula. Kata pembaca OMG! Hackers?, ‘mu ying ming’, tahun depan akan lebih ‘meriah’ lagi dan model-model yang menggunakan pemproses quad core bakal menguasai pasaran. Sediakan aje la duitnya ya!
hai…saya asal indonesia…bagaimana cara root tab diatas…saya punya speedup slim .tp saya mau coba root seperti anda